Urat Putus Lepas Bersalin Punca Wanita Cepat Lupa?

Keletihan, stres dan kehidupan sedikit terganggu dikatakan punca utama wanita kerap lupa atau mempunyai masalah kelemahan memori.”

Pernah tak dengar ramai wanita merungut selepas bersalin kerap lupa? Kemudian pasti ada suara-suara di belakang yang menyampuk anda menjadi pelupa kerana urat putus semasa melahirkan anak.  Penulis berpengalaman berdepan dengan masalah pelupa selepas bersalin anak pertama. Bukan setakat lupa apa aktiviti yang hendak dilakukan, kadangkala lupa nama kenalan dan paling kronik seringkali lupa di mana letak kunci kereta, dompet atau telefon bimbit. Betul ke urat putus ada kaitan dengan pelupa?

Sumber Foto: babyyumyum.co.za

 

Selepas melahirkan anak, perubahan tubuh badan serta urat saraf memerlukan proses pemulihan yang rapi dan teliti. Ambik masa berbulan juga untuk badan pulih sepenuhnya seperti sedia kala jika dijaga dengan baik. Banyak darah yang keluar ditambah lagi dengan urat yang putus ketika proses kelahiran. Tenaga juga dicurahkan berhabis-habisan ketika proses meneran sehingga seluruh tubuh menjadi lesu dan kepenatan. Tidak habis di situ, perlu berjaga malam dan menyusu bayi yang baru dilahirkan pula. Rutin ini akan berlangsung sehingga bayi mempunyai jadual tidur yang tetap. Wanita yang keletihan, stres dan kehidupan sedikit terganggu dikatakan punca utama mereka kerap lupa atau mempunyai masalah kelemahan memori.

Sebenarnya masalah ini dalam kalangan wanita selepas melahirkan anak adalah normal dan tidak perlu dirisaukan. Ia diambil kira sebagai isu kesihatan yang tidak berbahaya. Biasanya masalah pelupa hanyalah untuk sementara waktu dan akan hilang atau berkurangan selepas beberapa bulan. Dan yang pasti selepas melalui fasa pelupa ini, biasanya wanita akan jadi lebih cekap dan sedikit paranoid berbanding sebelumnya. Sedikit paranoid di sini bermaksud anda akan lebih berhati-hati dengan apa yang akan dilakukan kelak. Jadi jangan risau ya. Tetapi jika anda mengalami keadaan di mana masalah sering lupa berlaku dalam tempoh yang agak lama, maka anda perlu mendapatkan sesi rundingan bersama pakar atau doktor.

 

TIP ATASI MASALAH PELUPA

Sumber Foto: 123rf.com

Jika anda tergolong dalam individu pelupa, atasi masalah tersebut dengan beberapa tip ini:

  • Fokus – Gangguan dan rangsangan luaran antara penyebab utama yang mengalih perhatian seseorang untuk memberi sepenuhnya fokus terhadap sesuatu perkara. Otak anda tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada sesuatu tugasan jika ada gangguan. Oleh itu  cuba atasi semua rangsangan luaran misalnya bunyi bising, atau suara orang sekeliling apabila anda perlu untuk memberi perhatian kepada beberapa perkara.
  • Tidur Cukup – Tempoh masa tidur yang pendek bukan sahaja membawa kepada masalah lupa, namun ia akan mendatangkan komplikasi yang lain seperti perubahan emosi dan juga keresahan yang mana ianya akan menyumbang kepada masalah memori. Maka tidak hairanlah jika wanita lepas bersalin sering lupa akan sesuatu hal yang sangat penting mahupun perkara yang nampak mudah kerana seringkali tidak mendapat tidur yang cukup.
  • Ambil Vitamin B12 – Jika anda kekurangan vitamin B12 ia boleh beri kesan kepada otak dan saraf. Kekurangan pengambilan vitamin B12 dalam tubuh badan penyebab masalah anemia. Ia juga penyebab kepada masalah lupa ingatan dan sukar untuk memberikan fokus.
  • Bertenang – Tekanan dan keresahan membuatkan sesiapa sahaja sukar untuk menerima maklumat baru. Sentiasa letakkan diri anda dalam keadaan bertenang dan teruskan apa yang dilakukan. Bukan hanya itu, berbicaralah dengan orang yang anda sayangi atau sahabat baik jika mereka boleh membantu untuk anda lebih bertenang.
  • Senaman – Senaman dapat melegakan tekanan dan turut memperbaiki aliran darah kepada otak. Malahan ia turut meningkatkan kimia otak yang baik untuk memperbaiki tahap memori dan jadual tidur anda. Bahkan, senaman juga membantu untuk mengekalkan tubuh badan yang cergas dan sihat!
  • Cabar Minda – Percaya atau tidak, otak kita mempunyai kebolehan untuk melakukan lebih daripada itu apabila ia dipaksa atau dicabar. Cuba belajar untuk membuat senaman pada otak anda dengan menggambarkan sesuatu perkara yang perlu sangat untuk diingati. Lakukan setiap hari seperti mengigati nama rakan-rakan anak anda atau catat barang yang perlu dibeli di pasaraya dan tidak melihat senarai tersebut.
  • Elak Minuman Keras & Dadah – Terdapat ubat-ubatan yang memberikan kesan kepada memori dan mengakibatkan anda tenang, mengantuk serta kekeliruan seperti ubat tidur dan marijuana. Dengan mengambil dadah jenis ini pastinya sukar untuk memberikan perhatian dalam beberapa perkara. Rujuk doktor anda jika anda merasakan kesan pengambilan ubat faktor anda kurang fokus. Elakkan juga pengambilan minuman keras, dan pastinya anda tahu akibatnya jika diambil secara berlebihan.

 

 

Sumber: Dailymail Raikankasih Mydoc.Asia

 

 

Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna