Zarina Zainuddin Kongsi Pengalaman Bercuti Dengan Anak Autisme

Kepada yang mengikuti laman Instagram milik Zarina Zainuddin, pasti mengenali dua orang anak kembarnya yang menghidapi sindrom Autisme iaitu Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai.

Kedua anak kembarnya yang kini masing-masing sudah berumur 20-an, mempunyai tahap sindrom Autisme yang berbeza. Di mana Azil mempunyai sindrom Austisme yang agak teruk berbanding Azal.

Sumber: instagram Zarina

Namun, kasih sayang seorang ibu tiada tolok bandingnya. Buktinya, Zarina menjaga kedua anaknya penuh kesabaran sehingga mereka berdua sudah pun bergelar lelaki teruna.

Baru-baru ini, Zarina membuat satu perkongsian dengan memuat naik beberapa keping gambar dan video bersama Azil ketika bercuti di Langkawi di sekitar pantai.

View this post on Instagram

Assalamualaikum Azil kalau saya bawa sorang okay tapi bila ramai2 dia rimas mulalah mengamuk .. orang akan cakap kenapa beza2 kan anak ,bukan beza2kan tapi hakikatnya cara membesarkan mereka berbeza ..azil lebih seperti anak kecil yang lebih perlukan perhatian .. Bagaimana saya uruskan semua dalam satu masa.. Anak autism dia sudah biasa rutin hariannya.. Anak yang normal susah nak terima keadaan abangnya.. Azil kalau ibu takde dia lebih pandai membawa diri tapi bila ibu ada dia tahu ibunya ada dan akan manjakan dia ikut apa kemahuaannya..sebagai ibu kita kalah dengan anak anak..tak sampai hati biarkan mereka sedih semahunya ..kerana ibu rapat sangat dengan anak..anak anak nak apa2 cari ibu kenapa tak tanya ayahnya..sebab ayah tegas ibu lembut dalam tegas..kononnya ibu tegas kena bodek sikit rayu sikit ibu akan kalah..itulah naluri ibu.. Harap anak2 diluar sana sayangi ibu hormati ibu dan jagalah perasaan ibu..jangan aesekali sengaja buat ibu menanggis.. Kerana ibu sifatnya menerima anak apa adanya sedangkan anak aelalu membezakan mereka dengan keluarga teman2nya.. Kehidupan kita berbeza sintuasinya berbeza taraf kita berbeza..belajar bersyukur kerana kamu masih punya ibu buat tempatmu mengadu tempatmu melepaskan perasaan marahmu..masih ada orang yang kesat airmatamu..yang penting doa yang tak pernah henti untuk kesejahteraan hidupmu Apapun anak ibu harus layan sama rata.. Sama rasa..ibu sayang anak ibu dan inginkan mereka bahagia 😍

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Berdasarkan kapsyen pada posting tersebut, ibu berusia 48 tahun itu menceritakan perangai Azil yang mudah merasa rimas apabila dikelilingi dengan ramai orang dan pandai berdikari apabila dia tiada di sisi.

Walaupun dia meluahkan agak penat ketika bawa Azil bercuti, tetapi itu bukanlah satu alasan untuk dia tidak berasa seronok semasa percutiannya.

Apa yang dia takutkan adalah apabila tanggapan orang terhadap anaknya dan cemuhan orang ramai apabila lihat anaknya mengamuk tidak tentu pasal.

Pada akhir ayat Zarina, dia memohon keampunan menerusi hastag yang berbunyi #sharingiscaringforgivingalways.

Donna doakan, segala urusan Zarina dan sekeluarga akan dipermudahkan. Semangat yang ditunjukkan Zarina dalam membesarkan anak Autisme wajar dicontohi ramai.

 

 

 

 

Sumber: instagram zarina

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna