Zamani akan lumpuh?

Siapa saja tidak mengenali penyanyi veteran iaitu Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim. Namun, kini dirinya sedang berdepan dengan risiko lumpuh dan perlu menjalani pembedahan penyakit Skoliosis iaitu tulang belakang melengkung, yang dialami sejak beberapa tahun lalu.

Zamani kini sudah berusia 47 tahun telah membuat kenyataan bahawa dirinya bergantung dengan ubat tahan sakit akibat tulang belakang yang sudah bengkok teruk. Malah, doktor turut mencadangkan dirinya buat pembedahan dan ia adalah pilihan terakhir sebab masalah ini sudah tak boleh dirawat.

Sumber: instagram zamani

“Peratusan untuk sembuh adalah nipis, malah ia lebih berisiko tinggi hingga boleh mengakibatkan lumpuh jika pembedahan tak berjaya.

“Disebabkan itu, saya belum buat sebarang keputusan sama ada nak buat atau tak. Jadi, untuk mengelakkan kesakitan yang berterusan, saya ambil ubat tahan sakit. Setakat ini memang tak ada ubat khusus,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Zamani, sepanjang menyertai sebuah pertandingan nyanyian baru-baru ini dia bergantung sepenuhnya dengan ubat tahan sakit.

Bagaimanapun, Zamani yang mendapat tempat ketiga tidak mahu menjadikan ia alasan dan punca kepada kualiti persembahan yang tidak memberangsangkan.

“Sejak mengalami sakit ini, saya tak boleh berdiri dalam tempoh lama. Paling ketara, ia mengganggu nyanyian. Walaupun tidak selalu, tapi kalau kena sekali memang beri kesan dan mengganggu.

Untuk mengetahui lebih lanjut baca di sini.

Sumber: HMetro

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna