Zakar Suami Kecil? Posisi Ini Mampu Buat Anda Puas!

Bila berbincang tentang topik saiz zakar lelaki, sebenarnya lelaki yang lebih banyak risau tentang perkara ini berbanding wanita kerana takut saiznya tidak mampu memuaskan nafsu isteri mereka.

Realitinya, wanita langsung tidak kisah tentang saiz zakar suaminya. Jika ada yang kisah, tidak lain tidak bukan niat utama perkahwinannya bukan atas dasar kasih sayang tapi, nafsu semata.

Percayalah, perempuan hanya mahukan belaian kasih sayang, kejujuran dan juga kesetiaan dalam mendirikan rumah tangga.

Oleh itu, jika pasangan mereka mempunyai saiz zakar yang kecil, wanita boleh melakukan beberapa perkara ketika melakukan hubungan intim. Antaranya adalah…

Membelakangkan

Jika zakar lelaki kecil dan lubang wanita besar. Ia akan menyebabkan wanita tidak akan merasa apa-apa. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, apa yang anda perlu lakukan adalah mencari posisi yang tepat di mana…

  1. Minta pasangan baring di belakang anda dan kaki anda dalam keadaan lurus.
  2. Pastikan zakar suami masuk dari arah belakang.
  3. Kaki pasangan anda letak di bahagian atas peha anda.

Sumber: cosmoph

Posisi ini dapat meningkatkan tekanan ke dalam vagina serta dapat memendekkan saluran faraj sehingga anda dapat merasakan seperti ia pergi lebih dalam.

Sofa!

Sebelum melakukan hubungan intim bersama pasangan, apa kata anda mengajak mereka untuk menonton movie yang berunsurkan seks. Sambil menonton movie, sambil tu tangan anda perlulah bermain peranan menjalar di seluruh badannya.

Ketika keduanya sudah bersedia, Donna cadangkan posisi di atas sofa di mana..

  1. Minta pasangan anda duduk di atas sofa.
  2. Anda pula dalam keadaan mencangkung di atasnya.

Posisi ini dapat memberi kesan zakarnya bergeseran pada dinding vagina anda dan akan wujud tekanan serta ketegangan dalam membantu mencapai rasa klimaks anda.

Elakkan posisi ini

Apabila memiliki zakar suami yang kecil, elakkan beberapa posisi ini kerana membazir tenaga dan masa saja kerana anda tidak akan merasa tahap klimaks. Antara posisi yang perlu anda elakkan adalah…

  1. Cowgirl
  2. Doggie

Jari jemari

Selain daripada posisi memasukkan zakar ke dalam lubang vagina. Anda boleh bermain dengan jari di mana anda membelai zakar pasangan sambil bercumbuan. Begitu juga pasangan anda.

Melakukan hubungan intim bukan hanya memasukkan zakar ke dalam lubang vagina, tetapi ia juga sesi belai membelai sebelum melakukan penembusan ke dalam lubang vagina.

Posisi 69

Mencapai tahap klimaks tidak semestinya memasukkan zakar ke dalam lubang vagina. Ia juga boleh jadi dengan cara lain iaitu posisi 69.

Mungkin Donna tidak perlu menerangkan lebih panjang bagaimana posisi ini dilakukan, lihat saja pada gambar anda sudah boleh lakukannya!

Itulah antara alternatif lain yang anda boleh lakukan jika zakar suami anda bersaiz kecil dan jangan sesekali anda memperlekehkannya kerana itu akan mengundang hubungan retak.

Belajarlah menerima kekurangan pasangan anda.

 

 

 

Sumber: redbook

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna