Zakar Panjang Bukan Penyebab Wanita Puas

Lelaki sering beranggapan mereka boleh memuaskan wanita jika mereka mempunyai saiz zakar yang panjang dan besar.”

Isu kesihatan lelaki yang tidak putus-putus diperbincangkan oleh mana-mana lelaki seluruh dunia ialah soal panjang dan pendeknya anggota kemaluan mereka. Jika wanita sibuk membicarakan soal buah dada dan punggung, lelaki pula sibuk bercakap tentang si penis.

via GIPHY

Kebanyakkan wanita menghargai dan gembira dengan saiz zakar pasangan masing-masing walaupun bersaiz biasa atau kecil. Saiz seringkali dijadikan isu bagi lelaki yang tidak tahu bagaimana untuk memuaskan wanita. Jika ada wanita menyatakan mereka tidak mendapat kepuasan dalam hubungan seks, percayalah ia bukan sebab saiz penis lelaki, tetapi lebih kepada pasangan tidak mempunyai kemahiran yang baik.

Sumber Foto: sumedico.com

Lelaki tidak harus sekali-kali membiarkan saiz zakar mengganggu rutin hubungan intim. Media sosial banyak memberi gambaran yang negatif, kononnya jika anda mempunyai kemaluan yang panjang dan bersaiz besar baru terasa nikmat. Sedangkan mereka berbuat demikian kerana untuk melariskan produk ubat kuat dan sebagainya.

Kenikmatan hubungan seks tidak memerlukan zakar yang panjang dan lebar, lelaki hanya perlu tahu dimana terletaknya tempat paling sensitif bagi wanita untuk disentuh sekaligus menaikkan ghairah untuk bersama. Isu ketidakpuasan wanita sebenarnya jarang berlaku kerana sebahagian faraj wanita di bahagian luar sahaja yang mempunyai rasa bukan jauh ke dalam faraj. Maka tidak hairanlah jika wanita tidak rasa ralat kerana saiz zakar suaminya.

Sumber: independent.co.uk

Ramai wanita mengatakan tidak mengharapkan mempunyai pasangan yang mempunyai zakar yang besar itu petanda kepuasan dalam hubungan seks. Sebaliknya apa yang mereka inginkan ialah:

  • Wanita sangat mementingkan isu kebersihan. Pastikan sebelum beraksi zakar anda tidak berbau terlalu wangi, hamis atau hancing. Biarkan sahaja ia berbau seperti ‘penis lelaki’ sebenar.
  • Lelaki juga seharusnya menjaga kekemasan bulu badan di sekitar kawasan peribadi tersebut.
  • Bagi wanita yang sukakan zakar besar, maksud mereka adalah ketebalan dan kekuatan zakar. Ia tidak berkaitan dengan kepanjangan.
  • Pasangan perlu lebih bijak mengatur ‘permainan’ di atas ranjang daripada sibuk memikirkan keadaan zakar yang tidak panjang.

 

Sumber: theasianparent.com

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna