Yuran Taska Meningkat? Harap Ibu Bapa dan Juga Pengusaha Bawa Berbincang

Ramai yang terkesan akibat beberapa perubahan yang terpaksa dijadikan sebagai norma baharu ini. Jika tidak pandai menyesuaikan diri, maka nyawa pula yang akan terdedah kepada risiko yang begitu besar.

Bersembang akan isu perubahan dan penyesuaian terhadap norma baharu ini, bukan sahaja terletak dalam konteks pekerjaan. Malah, salah satu bidang yang turut terasa kesannya, adalah bidang perniagaan.

Bagi mereka pengusaha perniagaan berkaitan dengan perkhidmatan seperti pusat gunting rambut, salon kecantikkan dan juga taska turut terasa akan perubahan norma baharu ini.

Jika dari segi taska, beberapa perubahan yang perlu dipatuhi adalah sanitasi taska seperti juga dengan tempat atau pusat yang lain.

Di samping itu, kedai yang memberikan servis gunting rambut turut memohon untuk kenaikkan harga akan servisnya dek kerana tambahan tanggungan baharu seperti apron pakai buang dan lain-lain keperluan.

Foto:suaramerdeka.com.my

Sama seperti pusat taska di mana pengusaha diharapkan dapat berbincang dengan ibu bapa dan berikan penjelasan akan mengapa perlunya berlaku peningkatan kos.

Jika perbincangan dua hala yang memberikan penjelasan sewajarnya, mustahil untuk berlaku isu berkaitan dengan hal ini.

Selain itu, Menteri Kanan Keselamatan juga mengatakan dalam sebuah sidang media pada hari Rabu bagi menjelaskan runguntan sekumpulan ibu bapa yang berkaitan dengan yuran taska.

Beliau juga telah memberitahu dengan mengumumkan kebenaran operasi taska setelah semua SOP yang dibentangkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kanak-kanak.

Dalam pada masa yang sama,  7000 taska yang tidak mempunyai SOP yang dikemaskan, hanya 304 taska yang beroperasi sebelum ini. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kanak-kanak diminta untuk membentangkan operasi yang diperkemaskan berkaitan dengan operasi taska.Perbincangan itu juga akan diterapkan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia KKM dan sebagainya.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Mstar

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna