‘You’, Psychopath Yang Dilamun Jauh Dalam Dunia Cinta

Joseph Goldberg sibuk mengendalikan tugas hariannya di Mooney’s. Sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis buku. Kebanyakkannya pula mempunyai nama-nama penulis yang terkenal. Joe, seorang lelaki yang pendiam mempunyai pandangan tentang buku dan kehidupan yang sangat mendalam.

Satu hari, hadir seorang penulis yang dipercayai mempunyai minta yang mendalam dalam dunia penulisan. Aura dan kehadirannya memberikan satu cahaya kepada Joe yang sedang sibuk mengendalikan kerja. Kehadiran Beck, membuatkan Joe curious dan terus membaca gadis itu.

Dengan teliti, Joe memerhatikan pemilihan baju blouse yang longgar, gelang pada tangan gadis itu diramal gadis itu mempunyai perasaan sedikit gemar terhadap perhatian. Seakan-akan Joe mengenali Beck sudah lama. Beck menghampirkan dirinya kepada Joe dan memulakan perbualan.

Beck membeli buku yang dicadangkan oleh Joseph dan berdasarkan perbualan yang dilaluinya, Joe seakan-akan terpukau dengan diri penulis itu. Perasaan ingin tahu membuak-buak meninggi dan sejak dari pertemuan itu, Joe mula bercakap dengan dirinya sendiri.

Joe bermonolog pada dirinya seolah-olah sedang berbual dengan gadis penulis itu. Dirinya menceritakan kehidupan pasangan jirannya yang sentiasa bermasalah. Ron, seorang polis lelaki yang tidak berguna dan pasangannya pula bergantung pada dadah tanpa menghiraukan anak lelaki yang berusia lingkungan 12 tahun itu.

Kata Joe, kita memang tidak akan nampak tanda-tanda yang sepatutnya menjadi amaran untuk kita berhati-hati dalam dunia percintaan. Dirinya pernah patah hati suatu ketika dahulu oleh seorang gadis yang bernama Candance. Joseph membuat “research” akan gadis yang bernama Guenevere Beck itu.

Dari media sosial, Joe belajar asal usul kehidupan gadis penulis itu. Ternyata dari media sosial yang dikongsi yang agak meluas, Joe belajar sejarah kehidupan keluarga gadis itu dari kecil sehinggalah kini. Yang paling membuatkan Joseph teruja, apabila dia perolehi alamat kediaman gadis tersebut. Ketahui nasib gadis penulis itu di Netflix!

Siri yang penuh dengan memainkan perasaan dan memaparkan sebahagian kepada realiti kehidupan manusia. Joseph seorang psychopath yang hanya mahu dicintai. Bukankah psychopath tidak mempunyai perasaan? Bukankah mereka ini kejam? Apa yang akan berlaku kepada penulis itu?

Sebuah penulisan konflik yang sangat menarik!

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna