“You Can’t Buy Love…” – Nasihat Dari Sherry Ibrahim

Setiap benda yang ada di muka bumi ni semuanya hidup. Jadi harus dihargai, diberi perhatian dan tunjuk rasa kasih dan sayang. Orang mat saleh kata “spread the love”. Kalau mendonggak ke atas dengan ego, habislah pasti akan memakan diri.

Itulah yang cuba disampaikan oleh pelakon jelita, Sherry Ibrahim menerusi laman Instagram miliknya. Nasihat yang berbaur perasaan sayang antara manusia sebelum terlambat telah mendapat perhatian pengikutnya. Apalah yang Sherry sampaikan tu?

You can’t buy love

“Kita takkan boleh beli kasih sayang kerana harganya tak ternilai. Hargai seseorang yang sentiasa ada dengan diri kita. Bukan sahaja waktu senang tapi waktu sukar juga. Terutamanya seseorang yang  jauh di mata tapi dekat di hati. Cinta ini tak ada nilai sebab tak boleh dibeli dengan duit sebab itulah mulai hari ini kita kena menghargai orang yang ikhlas sayang kan diri kita. Bukan apa, bila kita pentingkan diri, kita akan hilang orang yang kita sayang tu,”

Betullah apa yang dikatakan oleh Sherry. Tak ramai yang boleh tunjuk rasa kasih, sayang dan menghargai. Ramai yang memandangkan enteng tentang perkara ini sedangkan perkara sekecil zarah inilah yang akan memberi kesan pada gaya hidup kita. Antara cara yang boleh kita menghargai kehadiran orang sekeliling kita adalah…

  1. Mengucapkan terima kasih.
  2. Memberi pelukan bila berjumpa.
  3. Memberi senyuman dan bersapa.
  4. Memberi sesuatu seperti berkongsi rezeki.
  5. Meletakkan usaha yang sama seperti mereka.

Jangan sampai satu tahap bila seseorang tu dah tak ada, baru kita sibuk mengenangkan kehadiran mereka. Spread the positivity!

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, anda boleh klik saja senarai artikel berikut:

Altimet Dah Mendirikan Rumahtangga Selama 14 Tahun? ,

Muat Naik Gambar ‘Baby Bump’,Netizen Gelar Anzalna Nasir Beyonce Malaysia

 

 

 

Sumber: ig sherryibrahim

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna