Yang Baru Balik Kampung, Baca Kalori Makanan Raya Ni Dulu Sebelum ‘Terkam’

Maklumlah, dah boleh balik raya di kampung halaman. Feel nak raya pun baru datang. Yang mana terlepas nak makan ketupat, lemang masa raya pertama tu, masa ni lah nak tebus balik. Hiks!

Eh, apa salahnya kan? Raya kan setahun sekali. Masa rayalah nak merasa makanan raya dan mood bila makan makanan raya tu lain macamlah. Ha, yang lain macam tu kena jaga-jaga sikit tau. Sebab dalam tak sedar, berat badan makin naik. Dan yang paling sedih, penyakit datang menyinggah sebab terlebih kalori, gula dan macam-macam lagi.

Keperluan kalori untuk lelaki dewasa ialah 2000 kalori sehari manakala untuk wanita dewasa atau warga emas ialah 1500 kalori sehari. Jom lihat kalori makanan yang dikongsikan oleh Pakar Diet Pemakanan, Pn Arfah.

Contoh kalori makanan:

Ketupat nasi seketul kecil ; 80 kalori Lemang sepotong  ; 100 kalori Rendang ayam dua potong kecil  ; 100 kalori Kuah kacang 1 senduk  ; 130 kalori
 

Kuih almond London sebiji ; 50 kalori

Laksam 1 mangkuk  ; 300 kalori Pulut kuning 1 senduk  ; 130 kalori Rendang daging 2 ketul  ; 130 kalori
 

Bahulu 1 biji ;60 kalori

Biskut arab 1 biji  ; 50 kalori Dodol 1 potong  ; 70 kalori Kek buah 1 potong  ; 130 kalori
 

Kerepek ubi 3 keping  ; 50 kalori

Biskut bangkit kelapa 1 biji  ; 40 kalori Biskut emping jagung 1 biji ; 80 kalori Agar-agar kering 1 keping  ; 20 kalori

 

Tip makan secara sihat bagi mengurangkan risiko diabetes juga kepada penghidap diabetes pada Hari Raya?

Pesakit kencing manis juga haruslah makan ikut waktu selain mematuhi jadual pengambilan ubat, tidak kira di mana pun mereka berada. Selain itu, diet mereka haruslah sama dengan hari-hari biasa. Mereka tidak digalakkan mengambil makanan yang berlebihan semasa musim perayaan. Sebarang perubahan yang besar dalam diet haruslah dibincang bersama dengan doktor atau pakar pemakanan mereka.

  1. Makan secara teratur terutama pada waktu makan utama.
  2. Makan dalam kuantiti yang kecil dan elakkan makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa terutama makanan berasaskan kanji.
  3. Pilih makanan yang tinggi kandungan serat seperti sayur dan makanan berasaskan mil penuh.
  4. Hadkan pengambilan makanan dan minuman manis.
  5. Pilih snek yang sihat seperti buah (2 hidangan sehari) sebagai pencuci mulut.
  6. Pilih air kosong daripada air berperisa atau berkarbonat.

Yang mana tengah memandu untuk pulang ke kampung halaman, pandulah dengan berhati-hati. Rehat sebentar jika mengantuk dan ingat, sentiasa patuhi SOP di kampung halaman okay!

 

 

Baca juga:

Awas! Pakar Kata, Ini Penyakit Sering Serang Musim Raya

Yay, PM Bagi Balik Kampung!

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna