Wujud Ke Berpantang Secara Moden Sekarang?

Kalau nak body letops kena lah pantang, jangan main bedal ikut suka je”

Kalau bab berpantang, masyarakat Melayu kita memang win tambah lagi buat wanita yang baru lepas bersalin! Amalan bertungku, bertangas dan diet dalam penjagaan makanan memang sering diamalkan sejak turun-temurun lagi. Ramai mempercayai bahawa berpantang secara tradisional adalah baik untuk tubuh badan seorang wanita dan mampu mengelakkan daripada mendapat sebarang penyakit yang tidak diingini pada masa akan datang.

Tapi zaman sekarang semakin moden, ada juga yang berpendapat pantang harus mengikut kesesuaian pada masa kini, adakah konsep berpantang secara moden boleh diterima dan bagus untuk diteruskan bagi menjaga kesihatan wanita hamil selepas melahirkan anak? Berdasarkan jurulatih Akademi Mobil Spa Jari Emas, keadaan dan senario sekarang berbeza dengan dahulu. Ramai yang memilih untuk melakukan sendirian semasa waktu pantang tanpa ada ibu di sisi, kerana kebiasaanya golongan ini mahu sistem lebih cepat kerana banyak yang perlu diselesaikan dalam satu masa.

Hakikatnya berpantang selepas bersalin boleh dilakukan bersendirian atau lebih dikenali sebagai DIY, ini bermakna proses tersebut tidak melibatkan orang lain dan boleh lakukan sendirian tetapi penting untuk ada ilmu. Perkara ini penting untuk dititikberatkan kerana memang tidak dapat dinafikan kos sara hidup semakin tinggi, tambah pula apabila pasangan suami isteri yang telah dikurniakan anak. Jadi berpantang secara moden adalah relevan dan memberi manfaat kepada kaum wanita yang ingin melakukannya sendirian, selain menjimatkan perbelanjaan bulanan.

Sebab utama mengapa para ibu selepas berpantang sering kemurungan adalah disebabkan darah kotor dalam badan tidak dikeluarkan habis. Selain menggunakan cara tradisional bertungku dan mengurut, anda juga boleh melakukan senaman ringan yang membantu untuk mengeluarkan darah tersebut. Penting untuk bakal ibu membuat persiapan awal semasa di awal fasa mengandung sebagai contoh daripada segi perubatan herba-herba selain daripada makanan dan mandian selepas bersalin.

 

Untuk artikel lebih bermanfaat, anda boleh klik link di sini :

Jangan Yakin Sangat Mungkin Si Dia Bukan Jodoh Anda, Kenali 4 Petanda Ini

 

 

 

Sumber: metro 

 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna