Wow! Turun 5kg Hanya Dengan Sarapan Mufin Telur

Bagi individu yang mengamalkan diet tinggi protein, telur sememangnya menjadi kegemaran kerana dikatakan boleh menurunkan berat badan dengan mudah tanpa perlu berlapar.”

Telur kaya dengan sumber nutrisi semulajadi. Pengambilan telur secara kerap dalam diet sihat serta rendah lemah tidak akan memberi kesan negatif kepada kesihatan seperti kolesterol tinggi atau menyebabkan risiko penyakit jantung. Selain harga yang murah, telur mudah diperoleh dan rasanya yang enak, telur diakui padat dengan nutrisi yang diperlukan oleh badan. Pelbagai jenis menu masakan berasaskan telur boleh dipelbagaikan khas untuk anda yang ingin mengurangkan berat badan. Antaranya sarapan pagi dengan Mufin Telur.

Sumber Foto & Featured Image: asassyspoon

Sumber Foto:hurrythefoodup

Selain rasanya yang lazat dan mengenyangkan, menu ini boleh disediakan dalam masa yang sangat pantas iaitu tidak melebihi 10 minit pun. Penulis pernah mengamalkan menu Mufin Telur ini selama hampir sebulan ketika bersarapan, dan hasilnya hampir 5 kg berat berjaya dikurangkan. Menarik bukan? Anda boleh variasikan resepi ini ikut penerimaan tekak anda asalkan ia masih sihat tidak terkandung lebih karbohidrat, gula atau lemak.

Bahan-bahan:

  • 6 butir telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada hitam jika ingin sedikit kepedasan, guna cili padi yang telah ditumbuk
  • Keju Cheddar
  • Sayur kegemaran anda samada zucchini/ brokoli/ lobak merah atau cendawan butang  – dipotong dadu
  • Anda juga boleh menggunakan sedikit dada ayam atau daging cincang.
  • Bawang Holland – dipotong dadu
  • Sebiji lada Benggala merah
  • Sebiji lada Benggala hijau
  • Kertas cawan
  • Dulang mufin

 

Cara-cara:

Sumber Foto: paleonewbie

  • Pecahkan telur ke dalam bekas.
  • Masuk garam dan lada hitam.
  • Masuk lada benggala, bawang holland beserta sayur atau daging.
  • Kacau adunan sehingga sebati dan kembang.
  • Akhir sekali masuk ke dalam kertas cawan dan dulang mufin.
  • Taburkan Keju Cheddar sebagai ‘topping’
  • Masak di dalam ketuhar selama 10 minit.
  • Sedia untuk dimakan

 

 

 

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna