Wow! Tak Cukup Dengan Minuman, Sekarang ‘Bubble Tea’ Dihidangkan Ala Steamboat

Tak kisah walaupun beratur panjang dan tunggu sampai sejam kalau nak minum ‘bubble tea’. Haa biasalah rakyat Malaysia ni, kalau viral bab makanan dan minuman laju je semua nak try. Bila duduk saja-saja santai sambil scroll Instagram mesti terasa nak minum teh susu yang dicampur dengan gula perang dan dapat pula gigit ‘bubble tea’ yang kenyal tu, umphh memang melegakan!

Kalau siapa dah obses sangat dengan ‘bubble tea’, apa kata kali ini anda cuba sesuatu yang baru iaitu hot pot bubble tea. Haa macam mana tu, bunyi macam pelik je tapi sedap ke tidak? Mungkin sebelum ini steamboat dihidangkan dengan kuah sup tom yam dan lauk seafood, tapi bagi menu ini anda diberi pilihan untuk memilih susu segar atau teh susu sebagai kuah, menarik kan?

Mengikut Citarasa Anda

Image result for steamboat boba

Sumber: says

Apa yang lagi menarik adalah, bukan hanya ‘bubble tea’ tetapi hidangan ini ditambah dengan gabungan buah mangga, grass jelly, taro balls dan banyak lagi. Tak suka makan dalam keadaan panas? Jangan risau, kerana mereka menyediakan fire or ice sebagai pilihan untuk anda menikmati ‘bubble tea’ dengan penuh nikmat.

Seronok Kongsi Bersama

Image result for steamboat boba tea

Sumber: says

Setiap satu hidangan hot pot boleh dikongsi seramai dua hingga tiga orang tetapi tak ada masalah pun kalau nak menjamu selera seorang diri, mana tahu tak cukup kan, hiks! Bagi yang tertanya-tanya di mana nak dapatkan menu bubble tea ala steamboat ni anda boleh la pergi ke Galaxy Tea Bar yang terletak di Jalan Nagor, Georgetown Penang.

 

 

 

 

 

 

Sumber: rojakdaily

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna