Whoa! Ini Jawapan Untuk Makcik Bawang Bila Tanya Pasal Kawin

Runsing! Bila pergi kenduri atau open house mesti makcik saudara sibuk tanya ‘bila nak kahwin?’ hah kalah artis yang dilanda gosip. Biasalah bila dah ramai-ramai banyak ragamnya, bagi wanita yang belum kawin mungkin ini salah satu penderaaan emosi walaupun ia kelihatan seperti perkara kecil. Kalau dah semua tanya dan soalan yang sama mesti rasa macam nak terjun bangunan. Ops!

Kalau bagi jawapan hanya disebabkan kerja mesti bunyinya agak cliche. Pertama tetapkan minda anda untuk memberi penjelasan daripada sudut yang positif dan dan lebih jelas. Beritahu mereka yang anda sedang membina kerjaya dan sedang fokus untuk capai sesuatu matlamat yang anda telah tetapkan. Mungkin anda boleh beri alasan bijak seperti sedang mencari jodoh di tempat kerja, haa mana tahu tiba-tiba jadi kenyataan hiks!

Image result for women talking

Sumber: prosper

Bila tak jumpa jodoh lagi janganlah anggap diri tu tak berguna atau ‘loser’. Jujur je pada yang bertanya yang anda masih belum jumpa lelaki yang sesuai untuk dinikahi. Beritahu mereka yang anda sedang mengenali dengan lebih rapat kawan lelaki anda mana tahu lepas ni makcik-makcik bawang dah tak tanya.

Related image

Sumber: shuttershock

Perkahwinan ni bukan lah sesuatu perkara yang mudah, tetapi ia tidak bermakna yang anda boleh hidup tanpa seseorang lelaki disisi. Ia memerlukan persediaan daripada segi mental dan fizikal kerana anda akan menggalas tanggungjawab yang besar sebagai seorang isteri dan juga tulang belakang suami.

So lepas ni kalau makcik atau sesiapa sahaja yang tanya soal ‘bila nak kawin’ tak perlu pening dah siap sedia jawapan dia atas. Semoga bermanfaat!

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna