Waspada! Risiko Kanser Payudara Lebih Tinggi Bagi Wanita Yang Sudah Berusia

Sudah terhantuk baru terngadah, pepatah ini mungkin sering anda dengar tetapi bila bercakap sahaja tentang kesihatan payudara masih  ramai lagi kurang sedar akan kepentingan untuk membuat pemeriksaan awal sebagai langkah berjaga-jaga. Bila dah terkena, baru sibuk nak buat checkup! Haa jangan sampai macam tu, zaman sekarang ni kebanyakan wanita lebih mengutamakan bentuk fizikal berbanding kesihatan payudara.

Sebagai wanita memiliki payudara yang cantik dan sihat adalah anugerah daripada tuhan dan bagi mereka yang memilikinya sangat beruntung. Jadi rugi jika anda tidak menjaganya dengan baik dan mengambil tindakan awal untuk memastikan agar aset anda sentiasa berada dalam keadaan yang baik.  Donna berkesempatan untuk menemu bual dengan lebih lanjut bersama Dr Shalizan, seorang Consultant General Surgeon di Pantai Hospital Klang mengenai masalah kanser payudara yang semakin meningkat.

Image result for old women

Sumber: istock

Semakin Berusia, Semakin Tinggi Risiko

Untuk pengetahuan anda, penyakit ini terdiri daripada dua risiko iaitu yang boleh diubah dan tidak boleh diubah seperti umur, semakin meningkat umur seseorang semakin tinggi risiko untuk mendapat penyakit kanser. Bukan itu sahaja, bagi wanita yang mencapai tahap proses menstruasi seawal 12 tahun mereka juga akan tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi berbanding dengan wanita lain.

Image result for wanita berusia lebih risiko kanser payudara

Sumber: sihat 

Memakai Bra Dan Deodoran Bukan Faktor Penyakit Kanser

Mengikut statistik di Malaysia, penyakit kanser payudara boleh dianggap sebagai ‘common’ dan ia  berada di tahap yang tinggi berbanding penyakit kanser yang lain seperti kanser usus, ovari dan otak. Secara umumnya, tabiat merokok adalah penyumbang terbesar untuk mendapat kanser payudara dengan mudah tetapi rutin harian seperti memakai baju dalam atau deodoran tidak termasuk dalam peningkatan risiko kanser payudara.

Terpaksa Buang Payudara Fakta Tidak Benar

Ramai yang menganggap bahawa apabila seseorang wanita itu telah disahkan menghidapi kanser payudara maka payudara akan dibuang. Kenyataan itu tidak benar, kerana menurut Dr Shalizan terdapat banyak alternatif lain yang membolehkan pesakit untuk dirawat tanpa membuang sebahagian daripada payudara dengan menggunakan kaedah radioterapi untuk membuang ketulan dan pembedahan reconstruction bagi membentuk semula payudara yang telah dibuang.

Jadi bagi wanita di luar sana penting untuk anda mendapatkan sesi pemeriksaan awal sekiranya berlaku sebarang kesakitan di bahagian payudara dan pastikan anda mengamalkan pemakanan  seimbang  untuk menghindari daripada sebarang penyakit yang lain. Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Rahsia Suntikan Salmon DNA Mampu Mencerahkan Kulit Muka Dan Tampak Awet Muda

 

 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna