Warna Sama Tapi Rasa Berbeza, Ini 6 Jenis Mangga ‘Chuols’ Kena Tahu

Murr Mangifera Indica L, fuh! Berbelit lidah nak menyebutnya. Apa benda tu? Ha, kalau you girls nak tahu, itulah nama saintifik bagi nama buah mangga dan buah ini juga adalah antara tanaman buah-buahan tropika yang popular di Malaysia samada secara komersial ataupun tidak.

Pokok mangga sederhana besar mencapai ketinggian 10 sehingga 40 meter, dahan tumbuh secara bebas membentuk kanopi dan berdaun lebat sebenarnya mempunyai banyak jenis. Bukan dua tiga jenis je tau tapi enam sistur! Banyak bukan? Jom kita tengok jenis apa je ada tu?

via GIPHY

Mangga Harumanis (MA 128)

Kalau Durian paling mahal, sedap dan popular adalah Musang King tapi dalam kelompok buah mangga, Harumanis lah yang paling top kerana isi buah mangga harumanis berwarna kuning pekat dan sedikit oren.

Kalau masuk dalam mulut, tekstur ekstur rasa you guys boleh rasa sangat sedap, manis yang meletup-letup dalam mulut, berjus dan aroma mangga yang kuat dapat menaikkan selera sesiapa saja.

Sumber: cariangoogle

Mangga Nam Dok Mai (MA 223)

Mungkin kebanyakan kita tak panggil managga Nam Dok Mai tapi panggil mangga kuning sebab kulitnya kuning keemasan dan isinya pula berwarna kuning.

Kalau dah isi pun warna kuning, bila kita ngap rasa memang confirm manis, sewaktu makan pun boleh bau harum buah mangga dan agak bersabut. Selalunya mangga ni digunakan dalam hidangan Pulut Mangga kerana mangga jenis ini berasal dari Thailand.

Sumber: cariangoogle

Mangga Sala

Buah Mangga Sala ini dipercayai berasal dari Thailand jadi tak peliklah kalau di Perlis pun banyak pokok Mangga Sala ditanam. Jika dilihat ciri-ciri bentuk buah mangga ini, bersaiz panjang, berbentuk lonjong bulat dan bahagian hujung lekok sedikit ke belakang.

Warna kulit buah mangga ini adalah berwarna hijau muda dan warnanya akan sama walaupun sudah masak dan matang. Buah mangga ini agak kurang diserang oleh serangga ataupun ulat kerana rasanya masam manis walaupun isinya bewarna oren.

Mangga Kuini

Generasi baru kini mungkin ramai yang tidak kenal dengan buah kuini sebab rasanya menyengat sikit walaupun ada rasa manis. Disebabkan rasanya agak manis menyengat jadi getah pada buah Kuini yang belum masak adalah beracun. Hati-hati ye guys!

Selalunya buah kuini orang dulu-dulu buat sambal belacan kuinin dan makan dengan nasi panas, ulam dan ikan goreng, fuh! Memang padu habis chuols!

 Sumber: cariangoogle

Mangga Epal (MA 194)

Mangga Epal memang unik kerana bentuknya seakan-akan buah epal sebenar terutama mangga jenis Mangga Epal Merah. Sudah semestinya mangga ini rasanya tak sama dengan mangga yang lain kerana rasanya masam cuma jika sudah dimasak dengan ranum, barulah rasa masam kurang sedikit.

Selalunya mangga epal akan diproses menjadi jeruk, halwa atau sambal belacan jika rasanya terlalu masam.

Sumber: facebook

Semoga artikel ini memberi manfaat dan info berguna buat semua pembaca. Tak adalah ‘pukul’ sama rata semua mangga sama jenis.

Oh! Sebelum tu, kalau you guys nak tahu orang sebelah utara panggil mangga, mempelam. Jadi, bila dengar ada orang cakap ‘mempelam’ jangan pelik pula ye, ihiks!

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Gerai Dirampas! Anak Perempuan Pakcik Jual Jagung Tampil Beri Kenyataan Sebenar

Khasiat Buah Mangga Yang Ramai Belum Tahu

 

 

 

 

 

 

Sumber: facebookidntimes

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna