Wanita Yang Positif Selalunya Nampak 10 Tahun Lebih Muda

Cara setiap individu membuat pilihan dan keputusan setiap hari yang menentukan kehidupan pada masa hadapan samada sempurna atau sebaliknya. Orang yang mempunyai nilai diri yang positif biasanya cepat membuat keputusan kerana mempunyai tahap keyakinan yang tinggi. Bagaimana hendak menjadi seorang yang positif?

Paling utama betulkan niat setiap hari. Sebaik sahaja terjaga daripada tidur pada setiap pagi, maka bermulalah kehidupan untuk hari tersebut. Hal ini juga bermakna, bermulalah ujian seharian anda setiap hari sama ada baik atau buruk yang telah direncanakan tanpa boleh dielak. Namun anda boleh perbetulkannya dengan menjalani hari-hari dengan emosi positif. Emosi positif ialah mereka yang mempunyai  sifat kasih sayang, hormat menghormati, menghargai dan belas kasihan yang tinggi. Anda akan tenang dan bahagia kalau ada emosi positif.  Jika mampu elakkan perkara yang boleh mendatangkan sifat negatif seperti perasaan risau, takut, iri hati, dendam, marah dan sebagainya. Mahu jadi seorang yang positif? Tak susah pun.

Bersenam

via GIPHY

Mulakan hari anda dengan bersenam. Orang yang positif dan gembira selalu amalkan gaya hidup yang sihat seperti menjalani kehidupan sihat. Apabila  bersenam tahap kemurungan tidak kira usia dan jantina rata-ratanya akan berkurangan.

Makan

via GIPHY

Jika makan dikatakan mampu menggembirakan anda dan membantu mood menjadi lebih positif pada waktu tertentu, maka makan lah! Tapi awas, tetap perlu berpada ketika menjamu selera. Kononnya dengan makan boleh buat anda gembira tiba-tiba sakit perut akibat kekenyangan. Tak ada angin ribut terus bermalam di hospital. Terus aura negatif menyelubungi anda! Bunyi klise, tetapi pengambilan buah dan sayuran memang boleh mengubah mood seseorang menjadi lebih gembira. Jadi amalkan makan buah dan sayuran setiap hari ok!

Senyum

via GIPHY

Orang yang memilih untuk positif selalunya suka tersenyum. Mereka akan dilihat sebagai orang yang mudah didekati kerana reaksinya itu. Tapi zaman sekarang harus berpada-pada ketika memberikan senyuman. Risau ada yang tersalah anggap dan mengatakan anda kurang siuman pula,

Rakan & Keluarga Ceria

via GIPHY

Mempunyai rakan-rakan yang ceria juga merupakan bonus kepada anda. Secara tidak langsung, mereka dapat memberikan aura positif dan kegembiraan kepada anda. Elakkan bersahabat dengan mereka yang sentiasa negatif, suka mengata, iri hati, pedendam dan panas baran. Secara tidak langsung rakan sebegini bakal membuatkan anda terpalit dengan sedikit perangai mereka.

Percaya Diri Sendiri

via GIPHY

Mereka yang meragui keputusan diri lebih mudah untuk berdepan dengan masalah psikologi seperti kurang keyakinan, keresahan dan kemurungan. Apabila minda celaru dari tugasan dan aktiviti harian, anda akan lebih berasa kecewa dan tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya pada tugas seharian.

Konsep Bersyukur

via GIPHY

Jika anda rasa anda mempunyai masalah paling berat di dunia, cuba lihat suasana di sekeliling akan ada mereka yang lagi diuji dengan dugaan yang begitu besar. Anda pasti bersyukur dengan apa jua ujian yang anda hadapi sekarang. Orang yang bersyukur akan berpuas hati dan berasa gembira serta sempurna dengan kehidupan yang mereka ada sekarang.

Jadikan Pengajaran

via GIPHY

Untuk berasa gembira, tak usah memendam perasaan dan terlalu emosi apabila melalui kegagalan. Belajar dari kesilapan dengan membiarkan kekurangan, kesilapan atau peluang yang tidak dicapai sebagai sejarah. Segera bangkit semula meneruskan hidup dan buka kisah yang baru. Perkara lalu selalunya menjadi anda lebih kuat untuk maju ke hadapan tau!

Jomlah Tidur

via GIPHY

Tidak cukup tidur atau terlebih tidur akan membuatkan badan anda berada dalam keadaan tidak baik sekaligus memberi isyarat stres kepada minda. Aktiviti anda seharian akan terganggu kerana masalah ini disebabkan badan sangat letih. Oleh itu, jangan lupa untuk dapatkan waktu tidur yang sesuai untuk anda mengikut tahap umur.

Teroka Masa Hadapan

via GIPHY

Jangan risau jika masa hadapan anda tidak lagi kelihatan. Sesiapa pun tidak boleh mengagak apa yang akan terjadi dikemudian hari. Cuma anda perlu berusaha dan gigih dengan apa impian yang anda inginkan dan jangan lupa cuba capai sasaran yang telah ditetapkan.

 

 

 

 

 

Sumber: wikihow

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna