Wanita Wajib Ada ‘Panties’ Mengiurkan Untuk Beraksi

Cuba semak stok pakaian dalam anda dan lihat berapa banyak bentuk dan jenis yang ada? Ramai tak sedar yang pakaian dalam ni main peranan penting tau kalau nak goda suami. Ye, nampak je hal kecil tapi hal kecil ni lah yang menjadi punca hubungan anda retak.

Bayangkan, pakaian dalam koyak, warna lusuh, getah dah kembang aduh! Agak-agak suami berselera ke nak ajak kita bersama? Ha.. Mulalah  waktu tu timbul isu penampilan dah tak macam anak dara dulu. Biar saiz badan kembang, tapi outfit untuk beraksi atas katil kena mantap!!!

via GIPHY

Perempuan ni kena sentiasa seksi dan mengancam tau. Walaupun suami sayang sampai sumpah setia sampai mati tapi ingat! Hati manusia ni boleh berbolak-balik. Jadi, untuk menarik perhatian suami cuba beli panties yang comel dan seksi macam kat bawah ni, hiks!

Ropol-ropol

Menarik tak? Bagi yang bersaiz besar bahagian peha dan pinggang tu sesuai la pakai. Barulah mengiurkan suami. Warna pula pilih yang cerah-cerah. Barulah mampu menarik perhatian abang sayang.

Lace

Kain lace yang bercorak jarang dan kain nipis ni mampu menarik perhatian mata para lelaki. Iyalah, nak tak nak je tayang bahagian sulit tu. Buat abang geram je!

High-waist

Bukan je ada seluar yang high-waist tau? Seluar dalam pun ada. Bagi yang ada masalah perut buncit, design seluar dalam ni la yang sesuai untuk menutup buncit tu. Tak la nanti depan suami perut menggeleber.

Reben

Tengoklah reben tu dekat mana. Ha.. aksesori yang terdapat dekat spenda pun mampu menarik perhatian mata si suami. Lagi-lagi warna yang anda pilih, warna kegemaran dia. Malam tak tidur lena la.

Tak semestinya bentuk spenda dekat atas ni je yang valid untuk mengurat suami. Ada banyak lagi sebenarnya. Apa yang penting masa nak beli spenda tu, pertimbangkan dari segi warna, corak dan aksesori. Menarik atau tidak, cukup seksi atau tak. Okay?

Untuk bacaan lebih menarik, anda boleh klik saja artikel di sini: Usia Wanita Bukan Penghalang Untuk Kekal Cantik Wanita & Minyak Wangi : Boleh Ke Pakai Ketika Puasa?

 

 

 

 

Sumber: cosmopolitan

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna