Wanita Tersubur! Umur 40 Tahun Miliki 44 Orang Anak Kandung!

Pakar sakit puan di Hospital Mulago, Kampala, Uganda, Dr Charles Kiggundu memberitahu bahawa kesuburan melampau Mariam berkemungkinan besar disebabkan genetik.”

Realitinya, peluang untuk hamil adalah berbeza bagi setiap wanita. Ia mungkin mudah untuk sesetengah orang, namun boleh jadi sukar atau hampir mustahil bagi sebilangan wanita lain. Memahami proses kehamilan dari awal mungkin boleh membantu ramai wanita merancang dan mengenal potensi mahupun masalah diri tentang kehamilan. Perkara paling utama yang perlu diketahui adalah waktu sesuai untuk mengadakan hubungan kelamin. Jadi, wanita yang senang atau sukar hamil wajar merancang proses kehamilan. Mereka perlu tahu bila masa sesuai untuk melakukan seks.  Tiada anak mungkin sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat dunia sekarang, namun jika terlebih anak juga sehingga mencapai angka 44 orang merupakan perkara luar biasa. Ya, memiliki 44orang anak bukan satu perkara yang mudah. Kalau di negara kita, memiliki sehingga 12 orang anak pun sudah dianggap luar biasa, ini kan hampir 4 dozen cahaya mata.

Menurut sebuah portal, seorang wanita berusia 40 tahun dari daerah Mukono, Uganda digelar wanita paling subur di negara Afrika setelah melahirkan 44 orang anak. Mariam Nabatanzi telah melahirkan enam pasangan kembar, empat kembar tiga, tiga kembar empat dan beberapa kelahiran tunggal. Daripada 44 anak yang dilahirkan, 38 masih hidup dan kebanyakan mereka masih tinggal bersamanya. 6 lagi cahaya matanya telah meninggal dunia akibat masalah kesihatan. Walaupun Mariam adalah seorang ibu tunggal dan mempunyai keluarga besar, dia masih mampu memberikan makanan yang cukup untuk anak-anaknya.

Kehidupannya yang penuh duka dan hidup dalam kesukaran bermula sejak berumur 12 tahun, apabila berkahwin dengan lelaki yang berusia 28 tahun lebih tua daripadanya. Sebelum itu dia pernah berdepan dengan percubaan untuk dibunuh oleh ibu tirinya sendiri. Dia mendakwa ibu tirinya itu telah meletakkan kaca yang dihancurkan dalam makanan dan berjaya membunuh empat adik-beradiknya yang lain. Dia terselamat kerana pada masa itu dia tiada di rumah. Tetapi ibu tiri dan bapanya berjaya ‘membunuhnya’ dengan mengahwinkannya dengan seorang lelaki yang lebih tua. Suaminya itu seorang yang baran dan seringkali menyerangnya setiap kali dia bercakap atau melakukan sesuatu yang tidak disukainya.

Sumber Foto: Brightside Me

 

Suami Mariam berkahwin ramai dan mempunyai ramai anak hasil hubungan masa lalu tetapi dia harus menjaga mereka juga kerana ibu mereka entah ke mana. Mariam melahirkan anak pertamanya, sepasang kembar, pada 1994, ketika berusia 13 tahun. Dua tahun kemudian, dia mendapat kembar tiga dan hampir dua tahun selepas itu dia mendapat kembar empat. Walaupun ini mungkin luar biasa bagi kebanyakan orang, dia tidak berasa aneh kerana dia telah melihat kelahiran yang ramai sebelum ini. Bapanya mempunyai 45 anak dengan beberapa wanita dan dia mendakwa bahawa mereka semua terdiri daripada kembar lima, empat, tiga dan dua.

Sumber Foto: Brightside Me

 

Pakar sakit puan di Hospital Mulago, Kampala, Uganda, Dr Charles Kiggundu memberitahu Daily Monitor bahawa kesuburan melampau Nabatanzi berkemungkinan besar disebabkan genetik.

“Kesnya adalah kecenderungan genetik kepada hyper-ovulate (melepaskan banyak telur dalam satu kitaran), yang mana ia ketara meningkatkan peluang gandaan, ia biasanya disebabkan genetik.”

Nabatanzi selalu mengimpikan mendapat kembar enam, tetapi apabila hamil kali keenam, dia telah melahirkan seramai 18 bayi dan membuat keputusan untuk berhenti mengandung. Dia pergi ke hospital untuk mendapatkan bantuan, tetapi setelah menjalani beberapa ujian, pakar sakit puan memberitahunya bahawa sebarang langkah berkaitan kesuburannya akan menimbulkan risiko dalam kehidupannya juga kesihatan dirinya.

“Ia bukan sahaja mengancam sistem pembiakan tetapi juga berisiko membuatkan dia kehilangan nyawa,” Dr Ahmed Kikomeko dari Hospital Umum Kawempe mengesahkan.

Mariam dinasihatkan untuk terus menghasilkannya (telur) mengikut apa jua permintaan badannya kerana menghalangnya bermakna dia akan mati. Dia pernah cuba menggunakan alat pencegahan kehamilan iaitu peranti IUCD tetapi dia jatuh sakit dan muntah dengan banyak. Perasaannya ketika itu terasa hampir menemui ajal. Dia menanggung sakit selama sebulan.

Sumber Foto: Brightside Me

Menjelang usia 23 tahun, dia sudah mempunyai 25 orang anak, jadi dia pergi ke hospital sekali lagi, tetapi diberitahu tiada apa yang dapat dilakukan, kerana bilangan telurnya masih tinggi. Bagaimanapun, Dr Kiggundu mendakwa terdapat prosedur yang boleh dilakukan untuk mencegah wanita itu hamil, tetapi menambah ramai yang tidak tahu mengenainya. Kesuburan melampau Mariam akhirnya berakhir pada Disember 2016, selepas melahirkan bayi terakhirnya, yang mana doktor memberitahunya bahawa peranakannya telah dipotong dari dalam. Sukar untuk membayangkan bagaimana seorang ibu membesarkan 38 anaknya sendirian, tetapi Mariam berjaya melakukannya.

Suaminya langsung tidak membantu dan seringkali keluar meninggalkannya di rumah dan jika pulang pun, dia akan menyelinap masuk pada waktu malam dan keluar sebelum anak-anak melihatnya. Anak sulung Mariam, Charles yang kini berusia 23 tahun  memberitahu kali terakhir dia melihat bapanya ketika berusia 13 tahun dan beberapa adik-beradiknya langsung tidak pernah melihat rupa bapa kandung mereka.

Sumber Foto: Brightside Me

Suami Mariam hanya pulang setahun sekali dalam keadaan mabuk dan ganas. Dia langsung tidak menyara keluarganya malah tidak tahu semua nama mereka. Mariam masih cekal teruskan kehidupan kerana ibu saudaranya menasihatkan dia supaya bertahan dalam perkahwinan dan fokus terhadap anak. Mariam juga dinasihatkan supaya tidak hamil dengan lelaki berlainan.

Untuk menyara keluarganya, Mariam akan melakukan pelbagai kerja. Dia mendandan rambut dan menggayakan pengantin untuk majlis perkahwinan, serta menjaga hiasan untuk pelbagai acara. Semua perbelanjaan keluar dari poketnya sendiri. Dia perlu membeli 10kg tepung jagung sehari, 4kg gula sehari dan tiga ketul sabun. Dia memerlukan sekurang-kurangnya Shs100,000 (RM108) sehari untuk pastikan keluarga dalam keadaan baik.

“Tuhan baik kepada saya kerana mereka tak pernah sehari pun hidup tanpa makan,” katanya.

Sumber Video: youtube

Semoga kehidupan Mariam sekeluarga bertambah baik selepas ini setelah masing-masing boleh berdikari.

 

 

Sumber: Lifestyle Okezone mstar Monitor.co.ug

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna