Wanita Terperosok! Kereta Toyota Camry Kini Diburu

Hampir setiap minggu topik tentang pemandu kereta yang tidak bertanggungjawab lalu di laluan motor menjadi perbualan hangat di media sosial.

Lebih teruk lagi apabila video yang viral pasti akan dibanjiri dengan pelbagai sumpah-seranah dilontarkan tapi masih juga ada yang berdegil. Lihatlah salah satu video pemandu kereta yang membahayakan beberapa penunggang motorsikal.

Mungkin pemandu ni ‘beli’ lesen sampai tak tahu bezakan lorong kereta dan motorsikal. Ini baru satu, sebenarnya ada banyak lagi!

Makin menjadi2 kereta lalu laluan motor 😠😠

Makin menjadi2 kereta lalu laluan motor 😠😠

Posted by Creative Ideas on Sunday, August 30, 2020

Kemalangan di Lebuhraya Karak!

Itu antara video penunggang motorsikal yang terselamat dari langgar ‘bontot’ kereta. Kalau ada yang tak sempat mengelak? Memang terbabas dan kemungkinan besar boleh membawa maut.

Bukan kami sengaja menimbulkan situasi untuk menakutkan anda tapi situasi tersebut benar-benar terjadi. Jom lihat satu rakaman video kemalangan yang berjaya dirakam dari sebuah kereta pada 3 petang semalam di Lebuhraya Karak menghala ke Kuala Lumpur.

Tlg viralkan…Baru berlaku kt karak hala KL. Pukul 3.00 petang tadi…Kesian penunggang Dan pembonceng motosikal tu..Camry putih WXL 3118.

Posted by KIPAS SUSAH MATI on Monday, August 31, 2020

Rakaman dari belakang kereta…

Nampak tak pembonceng wanita terperosok bawah kereta Toyota Camry tu? Teruk! Cuba anda lihat rakaman video kedua ini pula yang menunjukkan punca bagaimana kemalangan tersebut berlaku.

Sampai tergolek angkara Camry potong ikut lorong kecemasan

Bukti ada ni, harap boleh membantu pasangan yang tergolek angkara Camry potong ikut lorong kecemasan. Elok gantung terus je la lesen drebar camni.Video kredit Rassid

Posted by funtasticko.net on Monday, August 31, 2020

Masuk laluan motorsikal dan lorong kecemasan…

Jelas dari rakaman tersebut kereta Toyota Camry putih berada di pihak salah. Kalaulah dia tak cuba memasuki lorong kecemasan dan laluan motorsikal pasti kemalangan tersebut tidak berlaku.

Kalau kemalangan dah berjaya dirakam, memang siapa pun tak akan dapat lari. Berikut adalah hasil carian siasatan dari nombor plat kereta.

Bayangkan jika penunggang tersebut membawa anak kecil atau wanita sedang sarat mengandung. Bukankah itu lagi menyedihkan? Ingatlah, laluan kecemasan adalah laluan larangan untuk kenderaan empat roda kecuali polis, bomba ambulan dan plus ronda sahaja.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Apa Nak Buat Kalau Punca Kemalangan Disebabkan Bahan Binaan Jalan Raya?

Main Telefon Sambil Memandu Tak Akan Dikenakan Kompaun?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna