Wanita Tak Patut Dibiarkan Terlampau Berdikari!

Sudah biasa sangat di negara kita terlihat kelibat wanita bersendirian menguruskan pelbagai hal  tanpa memerlukan bantuan orang lain lebih-lebih lagi lelaki.”

Tidak kira samada wanita tersebut sudah berumahtangga mahupun masih bujang. Bagi wanita yang sudah berkeluarga kadangkala timbul rasa simpati apabila nampak wanita mengandung bersendirian di klinik membuat pemeriksaan bulanan. Bukan itu saja, jika di pasaraya kadangkala pasti ada kelibat wanita yang membeli barang dapur bersama hanya anak-anak kecil menemani. Begitu juga setiap pagi di taska atau tadika, kebanyakkan yang menghantar anak-anak ke pusat asuhan pasti si ibu. Dari urusan anak hingga ke rumahtangga, percayalah ramai wanita segalanya mereka boleh lakukan tanpa bantuan si ayah atau suami. Alasan mungkin untuk membantu yang terdaya meringankan tugas suami atau suami ada urusan lain yang perlu dilakukan.

Sumber Foto: aptparenting.com

Untuk wanita bujang pula, mereka seringkali menguruskan hidup sendirian. Dari kerjaya, perbelanjaan hidup, menghantar kereta untuk dibaiki, membeli perabut, sehingga memandu sendirian untuk pulang ke kampung halaman yang beratus kilometer jauhnya. Mungkin sudah ada pasangan hidup atau ibu bapa yang boleh membantu, tetapi mereka lebih senang membuat segalanya sendirian. Kononya tidak mahu menyusahkan orang lain. Hebat wanita hari ini, berdikari dalam segala hal sendirian.

Persoalannya, patutkah wanita terlalu berdikari? Namun apabila wanita itu yang sudah terbiasa berdikari dan tak perlukan pertolongan sesiapa kemungkinan besar akan datang akan menyebabkan wanita itu penat dan sudah tidak hiraukan orang sekeliling. Puncanya, wanita akan menganggap mereka serba boleh dan berdikari dalam segala hal. Ini akan lari daripada hukum alam sebenar iaitu setiap anak adalah dalam tanggungjawab ibu bapa manakala seorang isteri, suami adalah ketua keluarga yang seharusnya tahu akan tugasnya yang sebenar.

Sumber Foto: alamy.com

Ada baik dan buruknya jika wanita terlampau berdikari. Akan tiba masanya wanita yang terlalu berdikari menguruskan hidup atau keluarga sendirian boleh menjejaskan kemesraan antara ibu bapa, pasangan mahupun suami. Wanita akan rasa seperti berkuasa dan tidak mahu memperdulikan orang lain atas sebab mereka berkebolehan dalam segala hal.

Jangan terkejut juga jika wanita yang terbiasa berdikari sudah hilang rasa hormat kepada orang lain terutama suami. Alasan dia boleh melakukan sendirian jika tiada bantuan daripada suami sekali pun.

Wanita yang terlampau berdikari akan berubah perangai sedikit demi sedikit. Mereka akan cepat marah, cepat merajuk dan kecil hati, suka menyalahkan orang lain dan akhirnya sibuk dengan stres membuatnya hilang fokus pada perkara penting. Ini disebabkan mereka terlampau letih atau penat menguruskan kehidupan sendirian. Bukan itu sahaja, malah boleh menyebabkan mereka kemurungan dan ingin menamatkan riwayat hidup kepada tangan sendiri.

Sumber Foto: Google Image

Positif dan baiknya wanita terlampau berdikari pula jika terjadi sesuatu kepada ibu bapa atau suami seperti hilang tempat bergantung, maka wanita ini mungkin tidak akan ‘terduduk’. Bahkan wanita jenis ini pasti boleh ‘bangkit’ sendiri untuk meneruskan hidup. Begitu juga dengan hal-hal berkaitan kewangan dan kerjaya. Adalah baik jika wanita itu mempunyai pekerjaan dan wang saku sendiri, maka mereka pasti tau cara terbaik untuk berbelanja untuk diri sendiri.

Kesimpulannya, berdikari atau tidak perlu seimbang. Ada masa seseorang wanita itu memang perlu berdikari untuk meneruskan kelangsungan hidup agar tidak membebankan orang lain. Tetapi ada detik serta ketika wanita tidak perlu terlampau berdikari hingga menyebabkan pihak satu lagi tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna. Banyakkan berbincang dengan individu disekeliling anda bukannya membuat keputusan sendiri. Jika tiada tolak ansur dan kata putus dalam segala tugas dan perbuatan, maka dapatkan nasihat daripada mereka yang boleh dipercayai dan berkuasa.

Jangan lupa untuk saksikan Siri #Thebawang di Donnatube yang membincangkan tajuk ‘Perlu ke wanita terlampau berdikari?’

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna