Wanita Pun Gemar Beronani?

Wanita yang gemar beronani atau perbuatan menggunakan tangan sendiri untuk kepuasan seks boleh meruntuhkan kerukunan rumah tangga untuk jangka masa panjang.”

Perbuatan beronani sinonim dengan kaum Adam, namun agak jarang diperkatakan oleh kaum wanita. Jangan tidak tahu, ada ramai sebenarnya wanita yang gemar melakukan onani dek tidak mendapat kepuasan ketika melakukan hubungan intim dengan pasangan. Bagi wanita yang belum berkahwin pula, mereka sering beronani jika tidak dapat menahan keinginan akibat pendedahan melampau terhadap video atau filem lucah, maka mereka pun melakukan onani. Beronani adalah aktiviti yang dilakukan sendiri bagi merangsang alat sulit untuk seseorang itu mencapai klimaks. Ada juga yang menggunakan peralatan atau permainan seks bagi melancarkan proses onani seperti pelincir atau vibrator.

Sumber Foto: Dunia Artis Kita

Aktiviti onani melibatkan rangsangan yang aktif pada bahaguan kelamin secara terus menerus. Terlalu banyak masturbasi banyak pasti akan menimbulkan kerosakan pada sensitiviti pada bahagian yang diransang terutamanya pada bahagian klitoris dan faraj. Ia juga akan menyebabkan kesan melecet pada bahagian berkenaan dan  paling teruk pembuluh darah di bahagian berkenaan rosak.

Dalam jangka panjang, bagi wanita yang gemar beronani atau perbuatan menggunakan tangan sendiri untuk kepuasan seks boleh meruntuhkan kerukunan rumah tangga jika anda berkahwin kelak atau pun sudah mempunyai suami kerana anda mungkin ketagih mencapai kepuasan di luar hubungan dengan pasangan sebenar. Ia boleh menjadi bibit-bibit gangguan mental akibat kemurungan kerana lazimnya, individu dihambat rasa kesal setiap kali selepas melakukan perbuatan tersebut tetapi dalam masa sama gagal menghalangnya.

Bagi wanita yang kuat beronani juga dikatakan antara punca berat badan bertambah. Jadi, jika ingin melampiaskan nafsu, pilihlah jalan yang betul dengan menggunakan fungsi alat sulit yang sebenar.

ELAK ONANI!

Sumber Foto: Google Image

Memanglah bukan mudah anda mahu meninggalkan perbuatan tersebut.  Namun tiada siapa yang boleh membantu anda keluar dari masalah ini melainkan diri anda sendiri. Kuatkanlah keazaman untuk meneruskan hidup dalam persekitaran yang lebih sempurna. Langkah seterusnya ialah berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak mengulanginya lagi.

  • Anda perlu cuba mengelakkan suasana yang boleh memuncakkan nafsu seperti membaca atau melihat gambar yang mengghairahkan.
  • Jangan kerap bersendirian, cubalah keluar bergembira tatkala dihantui rasa gian untuk melakukannya.
  • Perbanyakkan berpuasa.
  • Cari pasangan hidup dan mulakan hidup bekeluarga.

 

 

Menarik di Guardian dengan pelbagai promosi menarik. Klik di sini untuk lebih info. 

 

Sumber: masalahwanita

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna