Wanita Perlu Lebih Kuasa Untuk Diri Sendiri- Linda Onn

Suatu ketika dahulu wanita seringkali dianggap kaum yang lemah dan mudah ditindas namun kini ramai menyedari di sebalik kelembutan seorang wanita tersorok kekuatan yang tidak dijangka sehingga mampu memberi impak yang baik terhadap sesebuah negara. Ha, jangan padang wanita sebelah mata tau!

Jika anda masih berfikiran wanita ini tempatnya di dapur untuk memasak atau di rumah untuk menjaga anak sahaja, anda mungkin sudah ketinggalan jauh.

Hari ini bertarikh 8 Mac 2019 merupakan Hari Wanita Sedunia yang mana ia merupakan hari untuk memberi sokongan dan pengiktirafan terhadap sumbangan dan peranan wanita dalam pembangunan masyarakat dunia.

Di kesempatan ini, sempat juga Donna berjumpa dan berborak bersama selebriti bersuara lunak merdu yang selalu menemani anda di corong-corong radio, Linda Onn.

Wanita adalah Superwoman!

Menjadi seorang wanita bukanlah tugas yang mudah. Menurut Linda sendiri, masa 24 jam sehari seakan tidak mencukupi kerana tugas dan tanggungjawab yang perlu dipikul memerlukan masa lebih daripada itu untuk diselesaikan dalam sehari. Bukan hanya seorang penyampai radio dan pengacara TV, Linda juga merupakan pemilik restoran My Mom’s Chicken Rice yang kini sudah pun mempunyai 3 cawangan, beliau juga merupakan pengusaha perniagaan Kelulut Honey Booster, sempat juga menjinakkan diri sebagai penerbit Telemovie serta menguruskan event dan workshop Public Speaking. Apa yang lebih penting adalah jawatan yang perlu dipegang sepanjang umur dalam hidupnya, iaitu seorang wanita, seorang isteri, juga seorang ibu.

Siapa kata wanita lemah? Anda benar-benar perlu move on! Wanita sebenarnya adalah Super woman yang bertopengkan wajah manis dan perwatakan lembut. Hiks!

“ Walau sesibuk mana, masa untuk keluarga dan anak pasti ada kerana saya tetap akan cuba untuk bersama mereka,” ulasnya.

Bercerita tentang hebatnya wanita, Linda sempat mengimbas kembali saat pertama melahirkan puteri comelnya, Ungku Zara yang kini baru berusia setahun.

Nervous tu memag nervous sebab pengalaman pertama kan. Teringat pengalaman berulang-kali ke tandas daripada jam 7 pagi hinggalah hampir waktu untuk serah diri hanya kerana nervous. Tapi saya cuba kuatkan semangat, dan akhirnya lahirlah hadiah tidak ternilai ini dan tangisan pertama anak merupakan perkara yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.”

Perwatakan berbeza

Biasalah bila dah bergelar ibu, mesti ramai yang nak tahu ibu jenis apakah anda? Ha, bukan apa, kadang-kala wanita bekerjaya ni secara semulajadi mempunyai karakter yang serius, dan garang. Menurut Linda sendiri, dia akan menyesuaikan karakternya mengikut keadaan dan situasi. Di tempat kerja yang memerlukan kita serius, maka kita perlu fokus. Tapi jika di rumah bersama anak dan keluarga, karakternya berubah.

“Saya dikenali sebagai seorang mak cik yang garang dalam kalangan anak-anak saudara. So, bila dah ada anak, ramai yang berfikiran adakah saya akan tetap sama atau sebaliknya. Sepanjang saya membesarkan Zara, apa yang boleh dikongsikan, perwatakan tu berbeza mengikut situasi. Ada ketikanya saya akan tegas, ada ketikanya memang sayalah tempat dia nak bermanja.”

Persepsi Masyarakat Perlu Diubah!

Walaupun, dunia sudah maju dan memperlihatkan ramai wanita berjaya  membina nama di mata dunia, namun tidak dinafikan masih ada segelintir kita yang masih di takuk lama dengan menganggap wanita bekerjaya melepaskan tanggung jawab sebagai ibu dengan meletakkan anak di pusat jagaan atau taska menggunakan alasan kerja.

“Saya amat tidak bersetuju dengan pandangan ini kerana wanita ini bekerja untuk membantu keluarga, dan meletakkan anak di pusat jagaan atau taska itu sudah pasti bukan atas kerelaan hatinya. Situasi berbeza untuk setiap individu, namun masyarakat harus faham kerana mungkin tuntutan mereka bekerja untuk membantu si suami dan keputusan meletakkan anak di pusat jagaan kanak-kanak adalah bukan pilihan bagi mereka.

Anda patut pandang segalanya dalam aspek positif. Ia merupakan sebagai pengorbanan si ibu terpaksa berjauhan dengan anak mereka. Malah bagi saya, ia merupakan tindakkan yang sangat bertanggungjawab kerana mereka meletakkan anak mereka di tempat yang betul dan bukan membiarkan mereka tidak terjaga seharian di rumah. Itu lebih menyedihkan!”

Wanita Perlu Lebih Kuasa!

Wanita harus berani untuk melakukan transformasi dan memperkasakan diri dengan memberikan keutamaan dari sudut ilmu pengetahuan, memajukan diri dengan pelbagai kemahiran agar dapat berdaya saing membangunkan keluarga, masyarakat dan negara.

Tambah Linda lagi,

“Kita perlukan kuasa yang lebih untuk diri sendiri. Jangan terpengaruh dengan mereka yang berfikrian wanita ini adalah lemah, walhal masa kini ramai wanita yang berjaya menempa nama sebagai bos-bos bagi syarikat terkemuka. Hilangkan tanggapan wanita itu tidak mampu melakukan sepertimana lelaki, kerana kita sememangnya boleh! Selamat Hari Wanita Sedunia, daripada saya Linda Onn.”

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna