Wanita & Minyak Wangi : Boleh Ke Pakai Ketika Puasa?

Semburan aroma wangi setiap kali sebelum anda pergi kerja, pasti dapat meningkatkan keyakinan dan memberikan ketenangan pada diri anda. Bukan itu sahaja, dengan memakai minyak wangi ia juga akan menyerlahkan personaliti anda secara tidak langsung. Tambah pula, bila berselisih dengan suami anda dirumah pasti akan membuatkan si dia tergoda dengan haruman yang segar dan wangi.

Image result for women with perfume

Sumber: Indiatoday

Eh tapi boleh ke pakai minyak wangi ketika sedang berpuasa? Haa sebenarnya pada bulan ramadan ini bukan sahaja anda menahan nafsu daripada dahaga dan lapar tetapi ia juga mendidik anda untuk tidak melakukan perkara yang dilarang dan mengelakkan diri daripada perkara yang membuatkan pahala puasa anda berkurangan.

 

Image result for women with perfume

Sumber: alyaka

Menurut Dr Ali Ahmed Mashael, memakai perfume ketika bulan ramadan dibolehkan dan diterima ketika berpuasa. Tetapi harus diingatkan bagi anda yang gemar memakai minyak wangi ianya harus dilakukan jika berada di rumah atau hendak melakukan ibadah.

 

Image result for good smell women

Sumber: hindustantimes

Penggunaan minyak wangi disarankan pakai selepas waktu berbuka sehingga sebelum imsak dan kurangkan untuk memakai perfume pada siang hari. Bagi kaum wanita, ingat jika tujuan memakai minyak wangi untuk memikat orang lain, hukumnya haram dan berdosa. Apa kata anda berwangi-wangian dengan suami dan ketika anda ingin melakukan ibadah, itu lebih baik kan?

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Fimela

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna