Wanita Mati Beku Dihalau Dari Bas Kerana Tidak Bayar Tambang

Umpama menonton sebuah filem misteri, kematian tragis wanita malang ini sangat memilukan dan mengundang simpati ramai penduduk di Ukraine.”

Seorang wanita mati kesejukan selepas dihalau keluar dari bas di satu kawasan terpencil dengan suhu  di bawah paras sejuk iaitu negatif 20 darjah Celsius. Wanita tersebut dikatakan tidak mempunyai wang untuk membayar tambang 25 Hverna (RM3.70) kerana tercicir dompet.

Sumber Foto :mirror.co.uk

Iryna Dvoretska, merupakan  pelajar perubatan, menaiki bas untuk melawat ibunya yang sakit di sebuah hospital di Olevsk, utara Ukraine. Dia dikatakan bergegas keluar awal pagi untuk mengejar bas pertama yang akan bergerak agar sempat melawat ibunya. Dalam keadaan tergesa-gesa, dia mungkin tertinggal beg duitnya di tempat penginapannya.

Ketika dalam perjalanan, pemandu bas berkenaan dikenali sebagai Oleg Zhelinskiy memberhentikan bas di tengah jalan yang sunyi dan mengarahkan Iryna untuk turun pada jam 4 pagi selepas dia tidak mempunyai wang untuk membayar tambang.

Selepas turun dari bas, Iryna berjalan seorang diri di kawasan perkampungan yang sunyi dan sejuk sebelum mengambil jalan pintas dengan melalui kawasan hutan. Dia dipercayai tersesat ketika di dalam hutan dan terjatuh di dalam longkang sebelum mayatnya ditemui sudah beku.

Sumber: metoffice

Bapa Iryna yang berkhidmat sebagai seorang renjer hutan menemui mayat anaknya itu dalam keadaan beku selepas mangsa dilaporkan hilang kerana masih tidak kunjung tiba selepas 2 hari. Kakak Iryna yang dikenali sebagai Natalia turut memaklumkan dalam situasi sedih ini dia terpaksa menerima berita keadaan ibunya yang dirawat di hospital akibat jangkitan kuman di paru-paru juga semakin teruk. Ibu saudara mangsa pula, Nadiya Typchuk memberitahu, ketika ditemui, mata Iryna dalam keadaan terbeliak seperti dia takutkan sesuatu.

Sumber Foto :mirror.co.uk

Sementara itu jurucakap anggota keselamatan memberitahu bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat hipotermia dan organ dalamannya juga didapati beku. Tiada sebarang unsur jenayah atau jenayah ditemui atau dikesan pergelutan berlaku kepada Iryna. Pihak polis juga telah membuka kertas kertas siasatan jenayah terhadap pemandu bas itu dan dia berdepan hukuman penjara lima tahun sekiranya didapati bersalah.

Rata-rata penduduk di Ukraine menyelar tindakan pemandu bas itu kerana dikatakan tidak berperikemanusiaan kerana sanggup menghalau seorang wanita yang keseorangan dalam cuaca sejuk semata-mata kerana harga tambang bas yang tidak seberapa.

 

 

 

 

 

Sumber:mirror.co.uk

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna