Wanita Kening Tebal Jadi Rebutan Lelaki Hari Ini Tau!

Memiliki kening menawan dan terurus pasti lebih mencantikkan wajah.”

Ia seumpama pelengkap gaya kerana kening yang terurus menonjolkan lagi imej seseorang sekali gus menjadi pelengkap wajah walaupun tanpa mengenakan solekan tebal. Oleh sebab itu, ramai wanita yang suka membentuk kening mereka agar wajah tampak anggun. Jika berkening tebal, mereka akan merapikan dengan mencabut atau mencukur sehingga nampak rapi dan nipis. Namun, hari ini, fenomena kecantikan itu semua sudah berubah! Dahulunya mereka yang berkening tebal dianggap kurang cantik dan pelik, tetapi pada zaman ini anugerah itu dianggap indah dan unik.

Satu kajian yang dijalankan oleh sepasukan penyelidik Universiti Oakland mendapati bahawa lelaki lebih tertarik dengan wanita yang memiliki kening tebal. Lazimnya, wanita suka mencukur sebanyak mungkin bulu pada kening mereka.

via GIPHY

Sumber Foto: byrdie.com

Namun, kajian berkenaan menyarankan wanita atau perempuan untuk tidak mencukur atau mencabut lagi bulu kening.

Sumber Foto: Google Image

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Frontiers in Psychology itu meminta kira-kira 1,000 responden lelaki menilai sebilangan gambar wanita untuk memilih imej yang mempunyai daya tarikan. Hasilnya, imej wanita berkening tebal menjadi pilihan berbanding dengan mereka yang mencabut bulu kening.

via GIPHY

Sumber Foto: lorealparis

Ramai selebriti yang mengikuti trend kening tebal termasuk bintang filem Suicide Squad, Cara Delevingne dan aktres Lily Collins.

 

Tip Bulu Kening Kelihatan Tebal Sempurna

Sumber Foto: Google Image

Riasan kening selalunya dianggap perkara kecil tetapi realitinya ia dapat membantu mengubah penampilan solekan keseluruhan wajah. Jika anda memiliki kening yang tebal, pastikan anda merapikannya agar tampak sempurna.

  • Rapikan bulu kening yang tebal dengan menggunakan berus atau pensel khas untuk kening agar ia tampak sedikit teratur dan ‘tidak bersepah’
  • Untuk membuatkan bentuk bulu kening kelihatan jelas dan tersusun, gunalah pensil warna kening yang senada atau warna coklat tua. Ketika menggunakan pensil bulu kening, cuba gunakan secara berlapis atau tipis.

Sumber Foto: girlsdayout

  • Cuba mulakan dari bahagian hujung dan menghala keluar. Ratakan warnanya menggunakan berus khusus untuk bulu kening.
  • Untuk bulu mata yang tebal, dicadangkan untuk menggunakan gel rambut untuk merapikan bulu kening.

via GIPHY

Selamat mencuba!

 

 

Sumber: Dailymail

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna