Wanita Ini Kongsi Pengalaman Saat Dirinya Diserang COVID-19

Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan dua hari lepas sebanyak 13 kes baharu individu yang terkena jangkitan Koronavirus (COVID-19) ini menjadikan jumlah kes keseluruhan positif di republik itu kepada 150.

Isu jangkitan ini dalam kalangan netizen di media sosial masih lagi menjadi perbualan hangat dan kebanyakan daripada kita takut dengan virus ini sampaikan ada yang menjaga kebersihan dengan teliti kerana takut terkena COVID-19.

via GIPHY

Kepala rasa berpinar…

Tapi, apa yang menarik perhatian kami lagi adalah salah seorang pesakit COVID-19 dari Singapura membuat perkongsian dengan BBC News tentang keadaan dirinya sewaktu diserang COVID-19.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Julie, pada 3 Februari lalu dia mengalami demam dan telah menelan dua biji ubat Panadol. Kemudian, badannya kembali sihat seperti biasa. Tak ada demam mahupun batuk.

“Tapi pada 7 Februari lebih kurang jam 3 pagi, saya terjaga. Masa tu kepala saya berpinar seolah-olah keadaan bilik berpusing-pusing. Bila buat pemeriksaan, doktor sahkan terkena COVID-19.

Bila saya ditahap kitikal, saya rasa susah sangat nak bernafas dan jantung berdedup dengan sangat laju. Walaupun nak bangun pergi ke tandas dalam beberapa meter pun rasa susah sangat nak bangun. Perit!”

Tambahnya lagi, apa yang membuatkan dia ingat sampai sekarang adalah saya tak dapat berjalan lama sebab dirinya akan rasa sesak nafas dan perlu duduk untuk berehat.

Keadaan tersebut berterusan selama 9 hari dan kemudian beransur hilang. Doktor akhirnya mengesahkan dirinya bebas daripada jangkitan virus.

Jom lihat video penuh dari Julie…

Tak kira di mana pun anda berada, kebersihan dan kesihatan harus diutamakan. Buat masa sekarang, elakkan untuk bersalaman atau pegang barang sekeliling sesuka hati. Amalkan mencuci tangan dengan kerap selama 20 saat setiap cucian, serta jangan lupa untuk kerap minum air putih okay?

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Penawar Koronavirus (COVID-19) Berjaya Ditemui?

Tahu Tak Rasa Masam Manis 7 Jenis Berry Ni Dapat Beri Kesihatan Pada Badan?

 

 

 

 

 

Sumber: BBCNEWS

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna