Wanita Hamil Vs Kopi : Selamat Ke Bayi Dalam Kandungan?

Nak hilangkan mengantuk dengan cepat, alaa minum je kopi. Opps! Perkara tersebut mungkin sering dilakukan apabila berada di pejabat untuk memberi tenaga dan kesegaran tubuh badan. Tapi ibu mengandung boleh ke minum kopi setiap hari? Memandangkan ramai di antara anda yang masih tertanya-tanya adakah wanita hamil boleh mengambil minuman berkafein atau tidak di sini Donna akan kongsikan kepada anda semua.

Anda tidak perlu berhenti, cukup sekadar anda mengurangkan pengambilan. Untuk pengetahuan anda jika anda terlalu banyak ambil minuman berkafein kemungkinan bayi dalam kandungan akan dilahirkan dalam keadaan yang masih kecil dan tidak normal. Bukan itu sahaja, bayi anda berada dalam risiko lebih tinggi untuk mendapat sebarang penyakit selepas dilahirkan.

Sumber : todayparent

Boleh Menyebabkan Keguguran

Tahap kafein yang tinggi sememangnya boleh menyebabkan keguguran bayi dalam kandungan. Jadi para ibu perlu berhati-hati dan ambil berat tentang pengambilan minuman berkafein terutamanya kopi. Terdapat satu kajian menunjukkan walaupun ada para ibu yang hanya minum sedikit ketika hamil namun peratusan keguguran amat tinggi. Seorang pakar telah mencadangkan bahawa wanita hamil disarankan untuk mengambil 200mg kafein sehari.

Image result for wife pregnant drink coffee

Sumber: newsweek

Kesan Kafein Pada Badan

Kafein adalah sejenis stimulan di mana ia meningkatkan denyutan jantung dan metabolisme yang boleh menjejaskan perkembangan bayi. Dapat mium secawan kopi memang nikmat, tapi anda perlu tahu bahawa bayi dalam kandungan akan memberi respon sebaik sahaja anda meminumnya dan pada masa itu denyutan jantung bayi akan mula laju.

Bila dah kerap minum pasti ketagih betul tak? Sukar untuk tidur, keresahan dan sakit kepala adalah tanda bahawa anda telah mengambil minuman berkafein secara berlebihan. Ia juga bersifat diuretik, yang membuatkan badan anda kehilangan banyak air. Teh dan kopi juga boleh menjejaskan keupayaan dengan menyerap zat besi jika anda meminumnya selepas makan atau dalam masa sejam selepas waktu makan.

  • 1 cawan besar kopi segera = 100mg
  • 1 cawan kecil kopi segera = 75mg
  • 1 cawan kecil kopi dibru = 100mg
  • 1 cawan kecil teh = 50g
  • 1 tin minuman kola = 40mg
  • 1 tin minuman tenaga = 80mg
  • 1 x 50g kepingan coklat biasa = sehingga 50mg
  • 1 x 50g kepingan coklat susu = sehingga 25mg

Masih nak inginkan minuman panas ketika hamil? Apa kata anda beralih kepada minuman teh hijau kan lebih sihat. Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Ambil Gambar Upload Dan Jual Wah Senangnya Buat Duit Di Pasar Online

 

 

 

Sumber : babycenter

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna