Wanita Hamil Jangan Pandang Enteng Musim COVID-19! Ini Implikasi Jika Positif..

Bagaimana pula untuk wanita hamil perlu menyediakan diri mereka sepanjang situasi COVID-19 ini?

Dalam situasi pandemik wabak COVID-19, kita telah dimaklumkan agar mengambil langkah-langkah tertentu, untuk memastikan bahawa risiko dijangkiti wabak ini dapat dikurangkan. Namun, bagaimana pula untuk wanita hamil perlu menyediakan diri mereka sepanjang situasi COVID-19 ini?

Untuk membantu memahami isu ini dengan lebih lanjut, Dr Ida Lilywaty Md Latar, Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan dari Pantai Hospital Cheras berkongsi pandangan beliau bersama Donna.

Bagaimana anda melindungi atau menguruskan kehamilan semasa COVID-19?

Penularan wabak COVID-19 memberikan kesan teruk kepada seluruh negara termasuk Malaysia yang jumlah pesakit positif coronavirus itu makin meningkat dari hari ke hari. Selain golongan tua yang paling banyak terkesan jangkitan itu, antara golongan dikelaskan sebagai berisiko tinggi sudah pasti ialah wanita hamil dan kanak-kanak. Yes, kesian golongan ini…

Dalam kes kehamilan, adalah penting bagi ibu-ibu untuk ambil tahu dan peka kepada keadaan fizikal mereka. Ini kerana, wanita hamil boleh menjadi asimptomatik atau mempunyai tanda-tanda yang sangat kecil tanpa membawa virus.

Umumnya, wanita hamil tidak mengalami gejala lebih teruk berbanding orang dewasa lain. Majoriti mereka hanya mengalami gejala flu ringan atau sederhana. Gejala lebih teruk seperti radang paru-paru lebih biasa dilihat pada orang tua atau mereka yang mempunyai sistem imun rendah.

Lakukan ini jika ada gejala

Walau bagaimanapun, jika mereka dikenal pasti mengalami gejala seperti batuk, demam dan sesak nafas, mereka perlu dirawat dengan segera. Wanita hamil yang mengalami gejala yang lebih teruk dan lewat mendapatkan rawatan mungkin ia adalah tanda jangkitan paru-paru yang lebih serius dan dinasihatkan agar mendapatkan penjagaan yang teliti.

Ibu hamil yang mempunyai simptom coronavirus perlu menghubungi unit bersalin mereka dan unit bersalin akan menguruskan tempat dan masa yang tepat untuk sesi pemeriksaan. Mereka tidak perlu menghadiri rutin klinik antenatal kerana bimbang hal ini akan menyebarkan virus tersebut jika dia bertukar menjadi positif COVID-19.

Adakah anda dan bayi anda berisiko?

Oh no, ini perkara paling seram bagi wanita hamil.  Namun menurut doktor, kehamilan itu sendiri mengubah sistem imun badan dan tindak balas kepada jangkitan virus yang kadang-kadang boleh dikaitkan dengan gejala yang lebih teruk dan hal ini akan menjadi sama untuk COVID-19. Ini terutamanya kes yang berlaku pada akhir kehamilan. Laporan dari China membuat kesimpulan bahawa. tiada bukti untuk penyebaran terus COVID-19 (transmisi dari ibu ke bayi semasa antenatal atau intrapartum) dan juga, janin tidak mungkin akan terdedah semasa mengandung.

Juga, tiada data yang menunjukkan peningkatan risiko keguguran atau keguguran awal berkaitan dengan COVID-19 dan tiada bukti tentang kaitan jangkitan janin dalam kandungan. Oleh itu, untuk situasi wabak ini, tiada kesan kongenital virus pada perkembangan janin dan tiada bukti yang melaporkan bahawa virus itu teratogenik.

Wanita hamil perlu lebih peka

Dalam tempoh PKP ini, wanita hamil harus lebih prihatin dalam mengamalkan penjarakkan sosial dan mengurangkan kontak dengan orang lain. Ia adalah penting untuk wanita hamil tidak merantau atau pulang ke kampung untuk bersalin supaya risiko jangkitan Covid-19 dapat dikurangkan atau kontak yang rapat dengan pesakit COVID-19, ia perlu dimaklumkan dengan jelas kepada pasukan pemeriksaan biasanya diletakkan di pintu masuk hospital dan juga pakar obstetrik anda. Tetaplah berada di tempat tinggal anda dan bersalin di hospital yang berdekatan. Wanita hamil yang mempunyai sejarah perjalanan perlu dikuarantinkan selama 14 hari dan temujanji pemeriksaan mereka perlu ditangguhkan sepanjang tempoh itu.

Jika positive COVID-19, langkah terbaik melahirkan adalah..

Dalam lain-lain jenis jangkitan coronavirus (SARS, MERS), risiko kepada ibu lebih ketara meningkat semasa trimester terakhir kehamilan. Oleh itu, kesan yang sama mungkin berlaku untuk COVID-19.

Terdapat laporan kes kelahiran pramatang di kalangan wanita yang mengalami wabak COVID-19, tetapi ia tidak jelas sama ada kelahiran pramatang adalah iatrogenic (perubatan yang berkaitan) atau spontan. Mujurlah pada ketika ini, tiada kematian dilaporkan di kalangan ibu hamil.

Kebanyakan pesakit COVID-19 di Malaysia akan diuruskan di hospital COVID19 ditetapkan. Ini juga termasuk ibu hamil yang positif yang akan diterima sehingga pemulihan dicapai. Wanita yang hamil akan diuruskan oleh Pakar Obstetrik untuk urusan dengan pasukan penyakit berjangkit. Sehingga hari ini, cara melahirkan yang disyorkan untuk pesakit positif COVID-19 di Malaysia adalah melalui kaedah pembedahan caesarean dengan langkah berjaga-jaga umum yang ketat.

Penyusuan susu ibu adalah masih kontrainidikasi, ini bermaksud, penyusuan boleh disarankan seperti biasa sehingga bukti kukuh disediakan, dan yang baru lahir akan diletakkan di bawah pemantauan rapi dan ujian untuk COVID-19 akan dilakukan sebelum pelepasan. Adalah dinasihatkan supaya anda sentiasa bertenang dan fokus untuk memulihkan kesihatan anda selepas bersalin dan menyusukan bayi anda.

Juga, persediaan untuk bersalin harus dilakukan awal supaya tidak terburu-buru apabila sampai masanya. Barang-barang keperluan lebih baik disimpan di dalam kereta yang akan menghantar anda ke hospital sewaktu hendak bersalin nanti. Adalah penting untuk anda memastikan anda membawa pembersih tangan untuk kegunaan anda di hospital kelak.

COVID-19 adalah ancaman menimbulkan kebimbangan semua pihak. Pencegahan awal dapat mengurangkan penularan wabak ini kepada orang lain. Dengan itu, kita seharusnya mengikuti semua saranan dari kerajaan terutamanya dari Kementerian Kesihatan agar wabak ini dapat dihentikan.

 

 

Baca juga:

Kini Tidak Hanya Manusia, Kucing Pula Positif COVID-19!

Lanjut Atau Tidak: Bersediakah Kita Jika PKP Ditamatkan?

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna