Wanita Dituduh Memandu Mabuk, Kereta Dibakar Selepas Terlibat Kemalangan

Kejadian berlaku di Tasek Gelugor apabila seorang pemandu wanita yang dikatakan mabuk yang terlibat dengan kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan dua pemuda dilanggar.

Setelah menyaksikan kejadian itu, penduduk kampung yang berang akan kelalaian dan kecuaian wanita itu, mereka bertindak membakar kenderaannya pada sekitar jam 9:30 malam. Dalam pada masa yang sama, beberapa foto dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook yang bernama Hafiz Chip yang menunjukkan sepasukan anggota bomba sedang memadam api pada kenderaan yang terbakar itu.

“Orang kampung geram bakar terus kereta pemandu mabuk. Aku yang baru lalu dekat situ terpaksa telefon bomba sebab api sudah marak “

Utk pengetahuan semua… setelah post aku viral dan ada yang tak tanya aku personally cerita sebenar sehingga ada yg…

Posted by Hafiz Chip on Friday, 19 June 2020

Menurut  entri yang dimuat naik dalam laman Facebook miliknya itu, Hafiz menjelaskan dirinya terpaksa membuat panggilan bomba kerana keadaan yang membakar kenderaan itu menjadi seperti di luar kawalan.

Dua beradik yang dirempuh itu didapati mengalami kecederaan parah apabila adik didapati kakinya patah dan sedang menerima rawatan di Hospital dan seorang lagi cedera ringan di tangan dan muka.

Di samping itu, wanita yang memandu kenderaan itu tidak diapa-apakan oleh penduduk kampung yang berang akan kemalangan itu.

Walau bagaimanapun menurut Berita Harian, wanita yang berusia 56 tahun itu sebenarnya mengelak haiwan ketika dalam perjalanan pulang setelah selesai menghantar sayur yang diniaganya. Penjelasan itu dinyatakan oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor.

Bukan itu sahaja, dia juga dikatakan memasuki laluan yang bertentangan sebelum bertembung dengan dua buah motorsikal yang ditunggang oleh dua beradik tersebut.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati pemandu tersebut bukan berada di bawah pengaruh alkohol seperti yang digembar-gemburkan dan penduduk tidak sepatutnya mengambil tindakan sendiri!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Berita Harian, ProjekMM

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna