Wanita Dibebaskan Lepas Ragut 8 Nyawa Dipersoalkan. Tapi Bagaimana Dengan Peranan Ibu Bapa Menjaga Anak?

Bermain basikal dengan aksi yang merbahaya seperti lepas kedua belah tangan, membuat lagak gaya hero Superman atau pacak satu tayar depan ke atas (wheelie) adalah sebahagian aktiviti daripada zaman kanak-kanak kita pada beberapa dekad yang lepas. Sama seperti kita, mencari pengalaman dan kenangan bersama kawan sepermainan.

Cuma, cara kanak-kanak millinial atau nama kumpulan yang dicipta oleh mereka sendiri, ‘geng basikal lajak’ lebih ekstrem dengan bermain di atas jalan raya pada waktu yang tidak sepatutnya iaitu lewat malam di mana mereka semua ini sepatutnya tidur dan berada di bawah pengawasan ibu bapa atau penjaga.

Situasi ini tidak terjadi apabila mereka dilepaskan oleh orang dewasa atau penjaga mereka sendiri untuk berseronok bersama rakan-rakan pada lewat pagi. Jika anda masih ingat 28 Mac 2017, 8 remaja lingkungan belasan tahun berbasikal pada waktu malam maut apabila dirempuh oleh pemilik kereta wanita muda, Sam Ke Ting.

Kes ini sudah pun tamat dibicarakan di  Mahkamah Majistret Johor Bahru dan keputusan akhir dibuat oleh Majistret Siti Hajar Ali telah membebaskan Sam Ka Ting tanpa memanggil untuk membela diri terhadap pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Kes ini telah mendapat perhatian ramai dan mereka semua bersuara menyatakan pendapat dan pandangan mereka mengenai isu ini. Sesetengah mereka tidak berpuas hati dengan keputusan membebaskan tertuduh, namun ada juga yang meletakkan kesalahan kepada ibu bapa serta meminta para ibu bapa memantau aktiviti anak mereka lebih-lebih lagi pada waktu malam.

Antara lain lagi yang ibu bapa harus tekankan bila berdepan dengan anak-anak yang nak membesar ni adalah…

  1. Mengambil tahu siapa kawan mereka
  2. Mengawasi aktiviti mereka.
  3. Elakkan melepaskan mereka pada jam 8 malam ke atas.
  4. Sentiasa berpesan pada mereka perkara baik dan buruk.
  5. Jadikan mereka kawan sembang supaya anda lebih mendekati mereka supaya mudah dinasihati.

Itu antara perkara yang kami boleh sarankan untuk mengelakkan perkara buruk yang berlaku. Kadang-kala ibu bapa sibuk dengan rutin harian mereka sampaikan mereka lupa beri perhatian yang secukupnya kepada anak-anak.

 

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Gara-Gara Tidak Vaksin, 136 Kanak-Kanak Di Filipina Maut ,

Ramai Ibu Bapa Terlepas Pandang Perkara Ni Bila Mendidik Anak

 

 

Sumber: twitter

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna