Wanita Demam Panas Maut Di Dalam Kereta Sewaktu Pulang Dari Klinik

Kebanyakan kes demam memang melibatkan demam tetapi jangan lupa demam juga boleh mengancam nyawa.”

Wanita berusia 32 tahun ditemui meninggal dunia di dalam sebuah kereta di Jalan Bandar 3, Puchong beberapa hari lalu. Mayat mangsa ditemui orang awam yang kemudian memaklumkannya kepada polis. Mangsa dikatakan sudah meninggal dunia lebih tiga hari awal sebelum ditemui sejak tiga hari lalu. Siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai meninggal dunia ketika tidur di dalam kereta Perodua Kelisa. Ia berdasarkan keadaan mayatnya yang terbaring di tempat duduk pemandu. Malah, enjin kereta berkenaan dimatikan dan tingkap di tempat duduk pemandu dibuka sedikit. Mangsa juga dikatakan ada pergi ke sebuah klinik di kawasan berkenaan, pada pagi minggu lalu. Doktor di klinik terbabit memaklumkan suhu badan mangsa mencecah 39 darjah Celsius sebelum memintanya pergi ke hospital berhampiran. Bagaimanapun, mangsa datang semula ke klinik terbabit sebelum doktor berkenaan sekali lagi memintanya untuk ke hospital.

Untuk artikal penuh: hmetro.com.my

Kes wanita ini boleh dijadikan iktibar agar anda mengambil berat akan kesihatan atau kemampuan diri sekirannya mengalami demam yang tinggi. Demam adalah sakit yang sering dianggap remeh kononnya cepat pulih dengan hanya memakan ubat-ubatan.  Boleh dikatakan semua orang pernah demam dan kemungkinan besar akan demam lagi dalam hidup mereka kelak. Kebanyakan kes demam memang melibatkan demam tetapi jangan lupa demam juga boleh mengancam nyawa. Contohnya penularan kes demam denggi, malaria, chikungunya atau kepialu, pasti ramai  yang cuak dan khuatir diri menghidap demam yang berbahaya.

Demam itu sendiri bukanlah penyakit tetapi simptom kepada sesuatu penyakit atau jangkitan kuman hasil tindak balas semula jadi badan mempertahankan diri. Maka, secara dasarnya, demam, seperti juga cirit-birit, adalah salah satu bentuk pertahanan badan terhadap jangkitan kuman atau toksin. Ciri asas demam adalah peningkatan (sementara) suhu badan melebihi 37°C, mengikut gred tertentu.

Sumber Foto: stern.de

  • Biasanya, suhu demam adalah antara 38 hingga 40°C,
  • Suhu antara 38 dan 39°C dikira sebagai demam gred rendah
  • Suhu melebihi 39°C sebagai gred tinggi.
  • Ubat mungkin perlu diberikan kepada pesakit jika suhu badan melebihi 40°C yang mungkin membahayakan nyawa pesakit
  • Suhu demam yang terlalu tinggi atau melebihi 41°C boleh membawa maut kerana enzim di dalam badan tidak boleh berfungsi pada suhu terlalu tinggi.

Perkara yang perlu dilakukan dirumah ketika demam bersuhu bawah 38°C adalah :

  • Minum air dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam badan.
  • Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup.
  • Cuba mandi dengan menggunakan air suam untuk meredakan demam.
  • Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.
  • Makan ubat seperti paracetamol.
  • Tuam tuala basah diseluruh anggota badan membantu menurunkan suhu badan.

Oleh itu sangat pentingnya agar anda terus dibawa ke hospital jika demam menjadi semakin teruk dan gagal dikawal. Dapatkan bantuan orang terdekat seperti keluarga atau sahabat anda jika suhu demam anda adalah sangat tinggi. Elakkan pergi mendapatkan rawatan seorang diri supaya tidak ada perkara yang tidak diingini terjadi. Demam itu sendiri tidak membunuh. Tetapi perlu berwaspada supaya tidak membawa kepada komplikasi lain yang mengancam nyawa anda.

 

 

Sumber: myhealth.gov.my

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna