Wanita Bekerjaya Berpontensi Hidap Kemurungan Melampau

Kemurungan merupakan salah satu penyakit psikologi yang melibatkan tekanan perasaan yang serius sehingga boleh mencederakan diri.”

Kemurungan melibatkan rasa kesedihan, keletihan, kekecewaan, putus asa, tidak mahu bergaul dan hilang semangat secara berterusan. Semua orang dewasa berpotensi mengalami kemurungan namun menurut kajian American Sociological Association, golongan wanita berkerjaya lebih terdedah dengan gejala ini pada tahap serius kemudian diikuti wanita selepas melahirkan anak. Malah kes-kes kemurungan dalam kalangan wanita adalah lebih serius berbanding lelaki kerana golongan ini lebih beremosi dan sentiasa berada dalam tekanan.

Sekiranya, kemurungan yang berpanjangan mengakibatkan kemudaratan kepada anda seperti hilang selera makan, rasa tidak seronok, sukar untuk tidur dan rasa tidak berguna, perkara seperti ini harus diambil berat oleh semua pihak terutama keluarga. Faktor utama wanita berkerjaya mengalami kemurungan disebabkan tugas kerja yang membebankan, mempunyai ketua yang tidak bertimbang rasa, perlu mengikuti peraturan yang sangat ketat, masa kerja yang panjang, gaji yang tidak mencukupi, dan rakan sekerja yang suka bergosip. Ini menyebabkan wanita berkerjaya tidak dapat seimbangkan perasaan ditempat kerja dan diluar pejabat sehingga mereka terbawa-bawa perasaan tersebut ke rumah.

Sumber Foto: zliving.com

Kesan sampingan kemurungan yang lazim adalah keletihan yang berterusan. Tidak semua wanita yang mempunyai gangguan ini dapat berjuang sehabis baik untuk mengatasi masalah ini. Lebih teruk lagi, mereka gemar menyalahkan diri sendiri, mereka percaya semua yang terjadi berpunca daripada sifat malas atau beberapa kesalahan peribadi yang lain yang menyebabkan mereka menjadi lemah. Simptom ini kadangkala sukar untuk disembunyikan tetapi sedaya upaya mereka cuba untuk merahsiakannya daripada rakan-rakan. Kesannya bebanan kerja makin bertambah dan hubungan dengan orang sekeliling makin keliru kerana beranggapan tiada siapa yang faham. Malah kemurungan akan menjadi lebih teruk apabila ada sesetengah wanita mempunyai perasaan ingin membunuh diri, baran tidak menentu sehingga memaksa diri mengabaikan tangungjawab kepada keluarga.

Sumber Foto: 123rf

Jika terdapat individu disekeliling anda yang mengalami kemurungan, bantu mereka untuk mendapatkan rawatan segera daripada pakar. Kemurungan yang tidak dirawat bukan sekadar memberi kesan kepada individu tetapi turut memberi kesan kepada ahli keluarga, kerjaya dan masa depan. Malah laporan-laporan di dada akhbar dan media massa berkaitan berita pembunuhan, bunuh diri dan kes-kes tragis melibatkan penyakit kemurungan banyak terjadi sejak akhir-akhir ini.

Sumber Foto: huffingtonpost.com

Suami atau pasangan perlu memainkan peranan penting membantu wanita kesayangan mereka pulih seperti sedia kala. Jangan biarkan isteri melakukan tugas menjaga anak, memasak, urusan rumahtangga seorang diri jika anda terlihat sesuatu yang berubah kepada diri mereka seperti kerap emosi. Berikan bantuan untuk ringankan beban tersebut. Sesekali, bawa isteri bersiar-siar pada hujung minggu agar fikiran mereka tidak tertumpu hanya kepada ruang lingkup di dalam rumah semata-mata. Ajak pasangan lakukan perkara menyeronokkan bersama-sama.

Untuk individu sekeliling pula, jika terlihat ada rakan-rakan yang mengalami kemurungan, bimbing dan bantu mereka mengubah cara kerja atau rutin di pejabat agar lebih sistematik. Antaranya seperti:

  • Senaraikan perkara yang utama dan laksanakan perkara tersebut dahulu agar tidak gelisah.
  • Didik ubah sikap agar lebih realistik dan belajar bertenang.
  • Sentiasa ingatkan bahawa tiada siapa didalam dunia ini sempurna.

 

Sumber: myhealth.gov.my nydailynews.com

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna