Wanita Afrika Dipaksa Jalani Adat Tekap Batu Panas Ke Payudara Elak Jadi Mangsa Rogol

Wanita Afrika memang diketahui kebanyakkannya mempunyai genetik memiliki sepasang payudara yang besar dan mengiurkan.”

Disebabkan ‘keistimewaan’ itu, kanak-kanak perempuan, gadis remaja dan juga wanita seringkali menjadi mangsa seks dan rogol oleh lelaki gila seks. Kes rogol adalah jenayah yang sangat tinggi dilaporkan terjadi di Afrika hingga menyebabkan ibu bapa yang mempunyai anak perempuan risau akan keselamatan anak mereka.

Terbaru, dianggarkan hampir 1000 wanita Afrika yang berada di Britain dipaksa menjalani ritual atau adat menekap batu panas pada payudara mereka. Anggota gereja dan kakitangan yang membongkar amalan tersebut mendakwa ini dilakukan kerana dipercayai bagi menghalang buah dada wanita terbabit daripada menjadi besar serta menonjol.

Sumber Foto: mirror.co.uk

Adat berasal dari Afrika itu dikatakan masih diamalkan oleh keluarga yang berasal dari benua tersebut. Amalan itu berikutan kepercayaan sebahagian masyarakat Afrika bahawa payudara besar merupakan simbol seks serta akan menarik perhatian orang lelaki lebih bernafsu. Jika payudara wanita kelihatan kecil dan leper, ia tidak akan menjadi kegemaran kaum tersebut.

Sumber Foto: mirror.co.uk

Pekerja komuniti di London, Yorkshire, Essex dan Midlands Barat memberitahu akhbar tempatan berpuluh-puluh kes kanak-kanak perempuan belum baligh daripada keluarga imigran Afrika dipaksa mengamalkan tradisi itu.

Batu sungai sebesar penumbuk digunakkan dalam amalan ini dengan cara memanggang batu tersebut di atas kayu api sehingga panas. Kemudian, batu tersebut terus ditekapkan ke payudara tanpa dialas dengan sebarang kain.

Sumber Foto: mirror.co.uk

Kaum wanita yang lebih berumur dalam keluarga tersebut percaya tradisi itu adalah cara terbaik untuk melindungi anak gadis  dan wanita daripada perhatian tidak diingini, gangguan seksual mahupun diperkosa seterusnya dibunuh dengan kejam.

Sumber Foto: tes.com

Bagaimanapun, pakar-pakar perubatan menyifatkan amalan tersebut seperti bentuk penganiayaan dan boleh mendatangkan kesan psikologi kepada mereka yang terlibat menekap payudara dengan batu panas. Amalan ini juga mungkin akan menyebabkan kecederaan fizikal malah risiko dijangkiti kanser payudara.

 

Sumber: mirror.co.uk

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna