Walaupun Lebih Berkuasa Dalam Rumahtangga, Suami Kena Tahu Hormat Isteri

Kebahagiaan seorang wanita adalah memiliki seorang suami yang melayani isteri dengan baik begitu juga dengan si suami bila ada seorang isteri di sisi yang sentiasa memenuhi permintaanya pasti akan mewujudkan rasa kebahagiaan dan kegembiraan bila bersama. Walaupun tugas seorang suami adalah satu tanggungjawab yang besar dan merupakan ketua keluarga namun sikap menghormati dan mengutamakan pasangan penting untuk mengekalkan rumahtangga dalam keadaan yang baik.

Mungkin seorang suami kadangkala berasa lebih berkuasa kerana mempunyai kerjaya, dan keluarga yang perlu dipikul namun ia bukanlah sesuatu perkara yang menghalang mereka untuk bersikap adil dan hormat anda sebagai seorang isteri. Anda sebagai isteri berhak untuk mendapatkan layanan yang baik daripada seorang suami dan tidak patut dilayan seperti seorang pembantu rumah!

Related image

Sumber: menwit

Bila isteri happy, segala perkara akan menjadi mudah buat suami kerana walaupun masing-masing sibuk dengan kerja suami akan dapat mencapai segala tujuan dan ujian dengan tenang. Ini kerana anda akan sentiasa mendoakan kebaikan buat pasangan dan keluarga agar ia menjadi lebih harmoni.

Suami adalah seorang pembimbing kepada isteri dan anak-anak, walaupun segala keputusan di tangan mereka, namun seorang wanita pasti mahukan seseorang yang mampu mendidiknya dengan kelembutan dan penuh kesabaran. Bukan apa biasalah kadang-kadang lelaki ni bila dah penat, perkara remeh pun rasa nak marah. Haa jadi kalau nak tahu lebih lanjut tentang lelaki gila kuasa ni anda boleh klik disini untuk  dengarkan Podcast Ais Kacang The Laki berjudul Laki Lagi Berkuasa Dari Perempuan dalam episode 13. 

 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna