Walaupun Demam Tetap Perlu Makan. 11 Hidangan Ini Bantu Pulihkan Kesihatan Anda

Sesetengah orang memerlukan sesuatu hidangan yang pedas bagi melegakan demam. Makanan pedas mempunyai kuantiti cili atau lada yang banyak membantu melegakan rongga hidung yang tersumbat akibat demam selsema.”

Selalunya orang demam tidak mempunyai selera untuk makan. Terdapat pelbagai pendapat mengenai mengapa seseorang yang mengalami demam selesema mudah mengalami kekurangan selera makan. Satu daripada puncanya ialah selesema berpunca dari keradangan menyebabkan seseorang kurang sensitif terhadap bau atau aroma makanan. Oleh sebab salah satu tarikan seseorang terhadap makanan ialah aromanya maka selesema yang dialami dipercayai menyebabkan selera makan terganggu.

via GIPHY

Walau bagaimanapun orang demam tetap perlu makan agar dapat pulih dengan cepat, selain makanan juga dapat memberikan tenaga. Namun jika anda mengalami kekurangan selera makan secara berpanjangan tanpa sebab yang dapat dikesan maka segeralah dapatkan pemeriksaan doktor. Sesetengah orang yang mengalami demam selesema mudah mengalami hilang selera terhadap makanan tertentu atau sebarang jenis makanan.

 

BUAH BERI BIRU

Sumber Foto: Google Image

Menurut kajian, beri biru mempunyai antioksidan yang paling aktif dalam mana-mana buah-buahan segar. Ia mengandungi tahap antosianin yang merupakan salah satu antioksidan yang paling kuat. Beri biru membantu dalam meningkatkan imuniti seseorang dalam menentang sejuk dan selesema. Selain buah beri, anda boleh juga gantikan dengan kismis kering.

 

BUAH YANG KAYA VITAMIN C

 

Sumber Foto: Google Image

Salah satu makanan yang boleh mengurangakan penyakit deman serta selsema ialah buah-buahan seperti oren, tembikai, nenas kerana ianya mengandungi elemen vitamin C yang boleh membantu meningkatkan sistem imun anda. Buah pisang boleh mengantikan kandungan kalium yang telah hilang akibat daripada berpeluh serta cirit-birit.

 

SUP AYAM & BAWANG PUTIH

Sumber Foto: Google Image

Sebagai antibiotik semulajadi, bawang putih membantu untuk melawan virus penyebab demam. Sajian ini mempunyai beberapa ciri antivirus dan juga menghasilkan antioksidan. Manakala ayam pula merupakan sumber protein baik pemberikan tenaga yang penting.

 

SUP HERBA & CENDAWAN

Sumber Foto: Google Image

Orang Cina biasanya memberi orang sakit makan sup ayam yang dicampurkan dengan beberapa jenis herba dan cendawan. Cendawan mengandungi sejenis karbohidrat yang bersifat merangsang fungsi sistem imun di samping pelbagai sifat lain yang bermanfaat. Herba pula sebenarnya bersifat antivirus dan melancarkan penghadaman. Herba-herba seperti halia, bawang merah dan bawang putih  memiliki sifat anti keradangan. Anda boleh cuba amalkan menu ini ketika demam ya!

 

SAJIAN PEDAS

 

Sumber Foto: Google Image

Sesetengah orang memerlukan sesuatu hidangan yang pedas bagi melegakan demam. Contoh seperti Tom Yam, Ayam Halia atau Daging Lada Hitam. Makanan pedas mempunyai kuantiti cili atau lada yang banyak membantu melegakan rongga hidung yang tersumbat akibat demam selsema.

 

MADU ASLI

Sumber Foto: Google Image

Madu mentah mempunyai beberapa polifenol antibakteria dan antivirus yang boleh membantu dalam berjuang dengan jangkitan bakteria. Malah, madu bermanfaat jika anda mengalami demam berserta sakit tekak.

 

SUP IKAN

Sumber Foto: Google Image

Ikan seperti tuna, salmon, ikan kembung amat kaya dengan Omega3 asid lemak, sebatian yang membantu dalam mengurangkan keradangan di dalam badan. Jika anda malas untuk membuat sup, ikan juga boleh dimasak dengan perlbagai jenis masakan. Yang penting, ia mempunyai khasiat yang baik untuk orang yang kurang sihat.

 

SAJIAN SAYUR

Sumber Foto: Google Image

Sayuran hijau sangat baik untuk kesihatan, sayuran seperti salad roket (arugula) dan kale atau juga dipanggil ‘borecole’ , sejenis kubis berwarna hijau dan jarang ditemui di pasaran. Sayuran tersebut  mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Ia akan membantu melawan sejuk dan selesema. Anda boleh memilih samada untuk disajikan dengan cara rebus, goring atau dimakan mentah.

 

MASAKAN BERKUNYIT

Sumber Foto: Google Image

Ia bukan rahsia bahawa kunyit boleh membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. Kunyit membuktikan ia benar-benar membantu jika anda menambah kunyit ke dalam makanan ketika anda diserang selesema. Selain itu, anda juga boleh menambah kunyit ke dalam susu panas bagi melegakan selesema dan demam.

 

AIR & LEMON

Sumber Foto: Google Image

Air kosong merupakan salah satu bahan yang mampu mengurangkan penyakit demam dan selsema. Campurkan beberapa hirisan lemon ke dalam jug air untuk anda minuman untuk memberikan lebih kelegaan.

 

AIR KELAPA

 

Sumber Foto: Google Image

Air kelapa (tanpa gula) merupakan antara cara yang paling popular mengurangkan panas demam. Air kelapa sebenarnya lebih baik daripada kebanyakan air penghidrat tenaga di luar sana. Air semula jadi ini sangat kaya dengan nutrient penting yang diperlukan oleh tubuh ketika demam.

Love Earth ada promosi menarik untuk untuk anda. Lebih info klik di link ini.

 

Sumber: notawanita  butterkicap

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna