Wajib dibunuh! Kerana Gemar Berpakaian Seksi Netizen Ugut Zizi Kirana

Zizi pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia sememangnya seksi dan sekurang-kurangnya dia tidak hipokrit dengan diri mahupun orang lain.”

Gemar dengan penampilan seksi hingga menampakkan lurah atau baju dalam, ramai yang ‘sakit mata’ dengan pelontar suara lagu Nak Ke Tak Nak, Zizi Kirana yang kononnya, dari hari ke hari semakin berani berimej sebegitu. Bukanlah sesuatu yang baharu, malah pernah Zizi ditegur orang awam yang marah dengan sikap terlebih beraninya itu. Namun, nampaknya semua itu bagai tidak dipedulikan oleh penyanyi ini. Zizi pernah mengeluarkan kenyataan bahawa itu adalah diri beliau yang sebenar dan rasanya semua pengikut tahu. Terbaru ada netizen yang sanggup komen sesuatu yang agak berani iaitu seperti berbau ancaman bunuh kepada penyanyi tersebut iaitu ‘Wajib dibunuh supaya fitnah tidak berleluasa’. Tidak pasti samada Zizi ada mengambil sebarang tindakan terhadap netizen terbabit atau tidak.

Kalau di lihat pada komen-komen di instagaram Zizi, memang ramai lelaki hidung belang yang menghujani laman sosialnya hanya untuk memperkatakan sesuatu yang berbau lucah. Apa pun bekas ahli kumpulan Fabulous Cats ini memang mempunyai tubuh badan menarik dan rupa paras yang menawan. Donna doakan agar kerjaya Zizi Kirana dalam industri hiburan terus berkembang dan berjaya.

 

Sumber Foto: Instagram Zizi Kirana

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna