Wajib Cuba, Petua Kurangkan Garam Bila Memasak!

Kalau sebelum ini kita pernah membincangkan tentang keburukan pengambilan garam secara berlebihan dalam makanan rutin harian kita kerana boleh mengakibatkan timbul beberapa penyakit berbahaya seperti penyakit jantung.

Malah, Pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menyarankan kepada orang ramai supaya pengambilan garam seharusnya tak melebihi lima gram atau kurang daripada satu sudu teh sehari.

Sumber: maerakluke

Tapi macam mana nak kurangkan penggunaan garam kalau setiap hidangan perlukan garam? Kalau tak ada garam macam mana nak ada rasa? Hidangan confirm akan rasa tawar-bawar. Nanti suami complain pula.

Ha… Jangan risau kerana pihak Kementerian Kesihatan Malaysia ada membuat satu perkongsian menerusi twitter mereka cara untuk memastikan pengambilan garam kurang dari 5 gram sehari iaitu 1 sudu teh. Caranya adalah…

  1. Gunakan garam, kicap dan sos secara sedikit dalam masakan.
  2. Gunakan bahan masakan semulajadi bukan yang telah diproses.
  3. Banyakkan penggunaan perencah asli seperti jus limau, lengkuas, serai dan rempah-ratus.
  4. Utamakan cara masakan berkuah atau bersup kerana masin akan ketara dalam masakan berkuah.
  5. Sekiranya perlu, tambah garam selepas api ditutup kerana rasa masin lebih ketara dalam makanan yang kurang panas.
  6. Rendamkan bahan kering seperti ikan bilis, ikan kering dan udang kering sebelum dimasak untuk mengurangkan kandungan garam.

6 langkah ini kalau anda praktikkan insyaAllah serba sedikit dapat membantu anda daripada terkena penyakit berbahaya. Jagalah pemakanan kerana apa yang anda makan adalah cerminan kesihatan anda pada masa akan datang.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kali Ni Pakai Garam Saleri Buatan Sendiri Dalam Hidangan

 

 

 

 

 

 

Sumber: KKM

 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna