Wajib Cuba 7 Jenis ‘Kiss’ ni Dengan Pasangan, ‘Confirm’ Tak Cari Lain!

Hey, ingat cium setakat cium macam tu je ke ha?

Salah tau! Ada banyak jenis ciuman dan setiap ciuman ni ada efek berbeza jika anda lakukan bersama pasangan. Bukan efek je lain, cara ciuman pun berbeza tau!

Kebanyakan pasangan suami isteri menjadikan sesi bercumbuan sebagai salah satu cara pemanasan badan yang menyeronokkan sebelum mereka ke fasa yang seterusnya. Namun tahukah anda bahawa setiap ciuman sama ada di bibir dan lidah membawa makna yang cukup istimewa jika dihayati.

Bagi yang tidak tahu, jom baca perkongsian di bawah ini. Mungkin selepas ini anda lebih menikmati malam bercanda anda bersama pasangan dengan penuh ghairah!

 French Kiss

via GIPHY

Saat pemanasan badan anda dan pasangan, pastikan anda memulakan ciuman normal kepadanya. Setelah pasangan kelihatan berahi teruskan ciuman dengan memasukkan lidah anda ke dalam mulutnya dan beri sentuhan lembut sambil memutarkan lidah anda mengikut arah jam. Anda juga boleh memutarkan lidah sambil menyedut agar perasaan ghairah kian memuncak. Cubalah!

 

Ciuman Tiga segi

via GIPHY

Wow! Nampak macam menarik bukan? Nah! Ciuman ini sebenarnya sangat mudah. Anda hanya perlu memberikan ciuman kepada tiga kawasan sensitif dimuka pasangan seperti bibir, pipi dan leher. Saat bercumbuan pastikan anda membelai dengan lembut agar suami lebih ghairah dan tidak sabar untuk menerkam anda!

Sucking Kiss

via GIPHY

Nama pun sedut! Jadi tunggu apa lagi? Gunakan teknik ini dengan baik dalam mengendalikan sesi intimasi anda bersama pasangan. Saat anda mula menikmati sesi bercumbuan bersamanya, jangan dilupa untuk menyedut lidah pasangan sambil tarik dan keluar. Pasti suami anda tidak keruan.

 

Bite Kiss

via GIPHY

Bagi yang masih tak tahu ciuman mana yang paling sesuai dan menghairahkan. Anda wajib cuba yang ini! Ciuman ini hanya memerlukan anda bercumbu dan menyelitkan sedikit adegan gigitan lembut, dibeberapa bahagian tubuh suami anda. Jika nak sensasikan lagi sesi intimasi anda dan pasangan, pastikan gigitan ini dipadukan dengan jilatan lidah.

 

Teasing Kiss 

via GIPHY

Kalau anda mahu menggoda suami terlebih dahulu sebelum memasuki fasa bercinta, ciuman ini sangat sesuai sebagai sesi awal pemanasan badan. Caranya anda hanya perlu mendekatkan bibir anda dengan bibirnya, tetapi jaraknya jangan terlalu dekat. Sambil nak menggoda tu, anda boleh menggunakan ayat-ayat seksi, agar suami lebih tertarik untuk mengigit bibir anda biarkan dia mengendalikan sesi intimasi ini sepenuhnya!

 

Floating Kiss 

via GIPHY

Floating Kiss merupakan ciuman yang mudah buat anda. Anda hanya perlu bercumbu sambil mengelak. Jika suami mula mendekat anda cuba lari, kemudian biarkan dia kembali mendekati anda dan layarilah bahtera cinta bersama dengan penuh ghairah! Ciuman  ini sebenarnya membawa anda kepada hubungan seks yang lebih sensasi

 

The Laughing Kiss

via GIPHY

Pernah atau tidak ketika anda dan pasangan sedang bercumbuan sambil bercanda tiba-tiba terselit sedikit adegan ketawa? Jika ya! Bermakna anda dan pasangan berjaya memainkan peranan dengan baik ketika sesi intimasi tersebut. Orang kata tidak terlalu serius dan tertumpu kepada hubungan seks semata. Anda dan pasangan masih lagi boleh bergurau senda sambil bersama.

Bagaimana? Sudah jumpa ciuman favourite anda? Sempena ‘International Kissing Day’ ni, apa kata try kesemua ciuman ni bersama pasangan!

 

Baca juga:

Boleh Ke Cium Adik Ipar Berlainan Jantina?

Perlu Ke Cium Pasangan Setiap Hari?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna