Wajib Baca! Perkara Ini Boleh Buat Payudara Kendur Di Usia Muda

Biasanya kalau kita sebut sahaja payudara mengendur, mesti orang akan kaitkan dengan faktor usia. Semakin menua seseorang, semakin kendurlah payudara mereka. Alasan itu memang logik. Namun, sebenarnya ada juga yang payudara semakin mengendur walaupun usia mereka masih muda. Ha, macam mana pula dengan kes yang begini?

Bila payudara sudah kendur, mulalah anda akan rasa hilang keyakinan diri dan mula berjaga-jaga dalam memilih pakaian. Sementara rakan-rakan sebaya yang sudah mempunyai seorang anak pun masih mempunyai payudara yang elok terletak.

Sumber: cdns.klimg.com

Sebenarnya, tak ramai nak ambil kisah pemakaian coli yang sebenarnya sangat penting untuk menjaga bentuk payudara anda agar kekal cantik. Kenapa begitu ya? Ha, sebenarnya payudara kita ini mempunyai satu lapisan yang dipanggil cooper ligament yang sifatnya macam getah.

BACA:Betul Ke Saiz Payudara Semakin Besar Jika Anda Tidak Memakai Bra?

                             Sumber : wikimedia.org

 

 

Sumber : hawaku.com

Kalau kita tak pakai coli yang betul, maka ia akan mengendur dan ke bawah. Kalau anda nak tahu, 8 daripada 10 wanita dianggarkan memakai bra yang salah tau. Pastikan anda tak menjadi sebahagian daripada mereka tau.

Oleh itu, anda perlu mengenal pasti adakah saiz bra yang pakai bersesuaian dengan payudara anda. Berikut adalah tanda-tanda yang menunjukkan anda sedang menyarungkan bra yang salah.

BACA:Macam Mana Nak Ukur Saiz Bra Ngam-Ngam Dengan Payudara Ni?

Antaranya ialah apabila terdapat lebihan di luar bra, atau tali bra anda longgar, bahagian belakang bra terangkat atau terdapat lompong sangat besar pada bahagian ‘cup’ bra anda. Ia menunjukkan sama ada coli anda terlalu kecil atau terlalu besar untuk payudara anda. 

Jadi, jika sebelum ini anda tidak pernah nak ambil tahu tentang pemakaian coli. Mungkin dah masanya untuk anda pergi membeli coli dengan saiz yang betul. Kalau anda masih ragu, cuba tanyakan kepada pembantu jurujual, mesti mereka akan cadangkan saiz bra yang sesuai untuk anda.

Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna