Wajib Baca Jika Teringat Muka Bos Pun Boleh Buat Anda Kemurungan

Pernah tak anda bangun pagi dan terasa malasnya berganda-ganda daripada biasa? Lebih-lebih lagi bila menyedari bahawa kerja semakin berlambak dan bos anda dan rakan sekerja pula tak henti-henti mencari anda. Bukan itu sahaja, membayangkan wajah bos pun boleh menyebabkan anda kemurungan.
Jangan terkejut. Kajian yang diterbitkan oleh Journal of Applied Psychology mendapati perbuatan buruk yang dilakukan oleh orang atasan tidak selalunya menunjukkan hal negatif.

Dalam kajian tersebut menyatakan perlakuan buruk bos adalah cara untuk melatih pekerja di bawahnya menjadi pemimpin yang baik dan menggunakan cara demikian sebagai proses pembelajaran.

Sumber: abc news

Menurut Shannon Taylor seorang profesor di UCF College menyatakan kebanyakan pekerja yang diperlakukan buruk oleh  bos tidak akan mengulangi  perbuatan yang sama kepada orang bawahan.

Mereka cenderung untuk menjadi pemimpin yang baik bagi kumpulan mereka.

Sumber: heartsapps

Supervisor yang menerima layanan buruk oleh bos akan berusaha sebaik mungkin untuk tidak mengulangi perlakuan yang sama  kepada pekerja bawahannya.

BACA: Prestasi Kerja Terjejas Akibat Kesihatan Mental Berpunca Dari Tempat Kerja

Jadi, kalau anda ada supervisor yang baik dengan mungkin ia petanda dia sebenarnya dah penat menghadap layanan negatif pihak atasan lebih tinggi daripada mereka.

Memang ada orang dalam dunia ini yang tak mudah melatah ambil negativiti dan hamburkan dekat orang lain. Jadi, kalau anda memiliki supervisor yang penyabar hargailah mereka!

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna