Wajib Baca! Ini 5 Langkah Untuk ‘Handle’ Emosi Sepanjang PKP

Kita semua kena mengakui bahawa duduk terperap di dalam rumah terlalu lama berseorangan memang membuatkan emosi kita terganggu. Ini kerana psikologi seorang manusia memerlukan kita untuk keluar daripada rumah menghirup udara segar atau berjalan di taman dan menemui kawan-kawan untuk bertukar cerita.

Namun, perkara seperti itu adalah sangat mustahil untuk dilakukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. Wabak Koronavirus memaksa kita semua untuk mengasingkan diri bagi memutuskan rantaian. Walaupun sukar, tapi ia adalah pengorbanan yang perlu dilakukan oleh kita semua.

Sekiranya anda berasa tidak produktif, rasa sedih, kadangkala menangis, cemas, dan tertekan. Ia adalah perkara yang memang akan berlaku jika duduk di dalam rumah terlalu lama. Kesihatan mental sangat penting. Jadi, dalam artikel kali ini, kita akan bincangkan apa yang anda perlu lakukan untuk pastikan emosi dan mental anda berada dalam keadaan baik.

Sayang diri sendiri

Ya betul. Benda pertama yang anda kena buat ialah sayang diri sendiri. Maksudnya, jangan terjebak dalam habit yang negatif. Jaga waktu tidur anda sebab PKP ini memang boleh menyebabkan waktu tidur anda merepek. Jangan melepet atas katil seharian sambil makan junkfood. Perhatikan apa yang anda makan, jadual tidur dan minum air masak secukupnya. Kebersihan diri juga penting. Mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk selalu rasa segar.

Exercise dalam rumah

Salah satu benda yang boleh mempengaruhi mood anda ialah senaman. Bersenam di dalam rumah, buka tingkap lebar-lebar untuk pastikan matahari masuk ke dalam rumah anda. Pilih lagu yang terbaik untuk meningkatan mood anda. Cari sahaja contoh senaman dalam rumah di Youtube. Tak kisahlah senaman asas atau yoga.

Tanya khabar kawan, keluarga

Apa kata anda buat satu group kawan-kawan untuk anda hubungi. Anda boleh hubungi mereka dengan teknologi yang ada. Jangan lupa untuk tanya khabar kawan-kawan anda. Ia akan buat anda rasa kurang sunyi sebab anda ada kawan-kawan untuk berborak.

Sibukkan diri

Antara benda lain yang anda boleh lakukan ialah tuliskan segala keresahan anda di dalam jurnal atau buku khas. Sibukkan diri anda untuk belajar perkara baru. Tak kisahlah masak ke, menjahit ke, melukis ke. Ia akan mengurangkan rasa resah anda. Setiap hari ada sahaja benda yang nak dibuat. Lagi pula, banyak kelas percuma yang ditawarkan dekat internet.

Minta bantuan profesional

Jika semuanya menjadi semakin teruk, jangan takut untuk meminta bantuan mereka yang profesional untuk membantu anda.  Mereka sememangnya sedia untuk mendengar segala masalah anda dan memberikan bantuan. Anda tidak perlu menanganinya seorang diri. Hubungi helpline seperti Befrienders. 

Apapun, Perintah Kawalan Pergerakan memang sukar untuk dilakukan bagi sesetengah orang. Tapi dalam pandemik yang kritikal degan jumlah jangkitan melebihi satu juta di seluruh dunia. Inilah langkah terbaik yang boleh dilakukan. Kesihatan mental sangat penting dan kami di Donna tidak mahu anda menanganinya seorang diri. Nantikan video dan artikel menarik kami setiap hari untuk menghiburkan hati anda!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna