Wahai Wanita! Ketahui Kepentingan Ujian ‘Pap Smear’

Dek kerana buah mulut yang disampaikan dan digembar gemburkan oleh masyarakat sekeliling berkaitan wanita, golongan ini menjadi malu dan tidak mahu memahami akan kepentingan kesihatan dalaman wanita. Bukan itu sahaja, sehinggakan ada yang buta akan kepentingan ini.

Seperti ramai yang tahu, diri kita ini bukannya kebal akan penyakit. Jika tidak  mengambil langkah yang berjaga, pasti akan dijenguk penyakit yang tidak dijemput! Datangnya pula dalam keadaan yang senyap dan tiba-tiba.

Ujian pemeriksaan kesihatan ini harus dilakukan sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi mengenal pasti kesihatan tubuh badan kita. Hanya perlu bawa diri ke klinik yang berdaftar dan anda boleh mendapatkan pemeriksaan tersebut. Ujian ini adalah bertujuan untuk mengesan sama ada anda berisiko untuk mempunyai kanser serviks ataupun tidak.

via GIPHY

Penting Sangat Ke?

Perkongsian dari Klinik Dr Asmah menceritakan akan kepentingan ujian ini bagi mengesan kanser serviks. Ianya menyerang para wanita di seluruh dunia. Kepentingannya adalah untuk:

  • Mencegah kanser serviks kala peringkat awal
  • Mengesan perubahan sel bahagian rahim
  • Kanser serviks tidak mempunyai sebarang gejala
  • Elak kematian akibat kanser serviks
  • Elak kanser serviks daripada merebak

Jelas tersenarai betapa pentingnya untuk kita menjalani ujian tersebut. Donna nasihatkan tolak tepi perasaan malu kerana kesihatan diri jauh lebih penting berbanding perasaan sendiri. Tambahan pula, pakar-pakar itu sudah dilatih secara professional untuk membantu anda!

 

 

 

 

Baca juga:

5 Jenis Aktiviti Yang Berfaedah Untuk Kesihatan Mental

Kos Rawatan RM 8000, Anak Sah Positif Kawasaki Terpaksa Makan Ubat Pesakit Jantung Dewasa

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Bidadari.my,Doctoroncall

 

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna