Viral Di Twitter, Dekorasi Rumah Bertukar Indah Hanya Dengan RM2K!

Rumah adalah tempat untuk kita hilangkan penat seharian bekerja. Jadi, penting untuk kita semua memiliki rumah yang sangat selesa dan sejuk mata memandang. Apalagi jika kita adalah sepasang kekasih yang bakal bergelar suami isteri tak lama lagi. Rumah pertama untuk hidup bersama tentu sahaja sangat bermakna.

Terdapat sebuah cerita yang menarik dikongsikan di Twitter. Pasangan tunang Shahrizal dan Liana berusaha untuk mencantikkan bakal rumah mereka sebelum mendirikan rumah tangga. Pelbagai usaha dilakukan untuk mendekorasi ruang tamu rumah mereka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.

BACA: Tak Ada Tetamu Datang Rumah Raya Ini, Apa Salahnya Hias Rumah Dengan

Pembahagian kerja juga dibahagikan dengan rapi. Tunangnya bernama Liana akan melakukan kerja seperti mencari perabot dan barangan keperluan manakala Shahrizal akan melakukan kerja pemasangan dan pemulihan.

Selepas bertungkus lumus, mereka akhirnya selesai melakukan dekorasi rumah fasa satu. Maksudnya hanya bahagian ruang tamu sahaja. Jumlah dekorasi hanya bermilai RM2K memandangkan barangan dibeli atas talian.

Lepas ini akan ada lagi fasa seterusnya di sudut rumah yang lain. Apa kata kita tengok sikit hasil dekorasi mereka.

BACA: Penyeri Meja Makan, Idea Ini Dapat Buat Ruang Makan Kelihatan

Tidak kedekut ilmu, Shahrizal turut berkongsi item pilihannya untuk menghias rumah mereka.

Ramai yang terispirasi dengan cara pasangan ini menguruskan masa PKP untuk persiapan alam selepas majlis perkahwinan. Sepatutnya itulah benda yang perlu difokuskan. Jangan majlis bukan main meriah tapi persiapan selepas berkahwin tak ada langsung. Masih lagi nak mengharapkan belas ihsan ibu ayah.

Kepada pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi boleh ikuti cara mereka ini melakukan persiapan untuk memasuki rumah baharu nanti. Oh ya, semoga majlis pernikahan Shahrizal dan Liana nanti berjalan lancar ya!

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna