Viral! Anda Juga Boleh Cuba Resepi Dalgona Coffee Sepanjang Duduk Rumah

Tengok sahaja Instagram Story, semua orang buat kopi. Buka Twitter pun sama. Sajalah buka Facebook, pun sama juga! Kenapa semua orang sibuk tayang cara buat kopi ini?

Ha, kalau anda nak tahu, sejak kerajaan mengeluarkan Perintah Larangan Pergerakan selama 2 minggu rakyat Malaysia jadi semakin kreatif. Baru-baru ini viral di laman sosial resepi kopi yang dinamakan Dalgona Coffee.

Dalgona adalah sejenis manisan Korea Selatan yang dibuat daripada gula dan baking soda. Ramai juga yang tak lepaskan peluang untuk mencuba resepi ini terutamanya jika anda peminat tegar kopi. Jadi, hari ini, kami akan kongsikan apakah resepi untuk buat Dalgona Coffee ini.

BACA: Rasa Macam Di Kedai! Ini Resepi Tomyam Santai Thai Paling Sedap Mudah

Baiklah bahan yang diperlukan ialah:

-Ais

-Serbuk Kopi

-Gula

-Susu

-Air panas

Mula-mula, campurkan serbuk kopi, gula, air dalam satu bekas (satu sudu untuk setiap bahan-bahan ini pun dah cukup). Ambil mixer atau milk fronther dan pukul bahan-bahan tadi sampailah dia nampak gebu berbuih.

Ha, lepas tu ambil tuangkan susu dalam gelas yang berisi ais. Kemudian, bahan-bahan yang sudah dipukul tadi letak atas air. Dah siap!

Kalau ada sesiapa yang berjaya buat, cuba komen di bawah ini!

 

 

BACA: Padu! Resepi Nasi Dagang Terengganu Asli Bersama Gulai Ikan Tongkol

 

 

 

 

 

Sumber: Says

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna