‘View’ Macam Di Luar Negara, Rupanya Kat Kota Belud Je

Bosannya! Asal bercuti je mesti duduk rumah, takpun pusing-pusing KL! Tak ada tempat lagi menarik ke kat Malaysia ni?”

Kalau anda semua nak tahu, menurut Jabatan Penerangan Perhutanan Malaysia, keluasan kawasan berhutan di Serawak seluas 80 peratus keluasan hutannya. Manakala di Sabah, seluas 63 peratus keluasan dilitupi dengan hutan. Itu baru Semenanjung! Belum lagi tanah hutan dekat Malaysia.

Jadi, tidakkah anda terfikir bahawa sebenarnya banyak lagi tempat yang belum kita tahu di kawasan Semenanjung lebih-lebih lagi, kepada penggemar aktiviti lasak. Jadi, tempat apa yang ada kat sana? Ada ke tempat yang best-best di sana? Banyaknya soalan dalam kepala ni!

via GIPHY

Kota Belud, Sabah lah! Mesti ada yang tak pernah dengarkan? Yelah, kalau ke Sabah, biasanya Kundasang di Ranau, Semporna atau pulau sekitar Kota Kinabalu akan menjadi pilihan nombor satu pada setiap hujung minggu atau cuti sekolah. Jarang pelancong mengetahui kita sendiri pun tidak tahu kewujudan kawasan ini.

Melangkap, Kota Belud

Berikutan itu, seorang pengguna twitter telah syorkan kepada pengguna media sosial untuk pergi ke Melangkap, Kota Belud jika inginkan ketenangan melihat Gunung Kinabalu dan permandangan yang orang mat saleh kata “worth it to go!” ialah Kota Belud, Sabah. Menerusi akaun twitter @IzwanHs, dia telah memuat naik beberapa keping gambar permandangan di sana.

Malah, Izwan juga memberitahu air Sungai Kadamaian bagaikan kristal mengalir terus dari kaki Gunung Kinabalu di Melangkap sangat cantik dan deras tapi anda tidak perlu risau, sungai di sana cetek dan sejuk sebab air tersebut mengalir dari gunung. Di sana, pengunjung boleh memacak khemah jika mahukan suasana betul-betul untuk camping dan mereka juga boleh menyewa pondok dengan hanya RM20-RM30 sahaja!

Sumber: IzwanHs

Nohutu, Kota Belud

Kawasan Nohutu, Kota Belud ini, sama saja seperti di Melangkap di mana pengunjung boleh melihat Gunung Kinabalu (tetapi dari sisi yang berbeza) berkhemah dan bermalam di sini serta mempunyai Sungai Kadamaian yang mengalir terus dari kaki Gunung Kinabalu di Nohutu. Tapi apa yang berbeza antara dua kawasan ini adalah di Nohutu, anda boleh hiking. Menarik  bukan?

Selain itu, di Nohutu juga pada waktu malam, anda boleh barbeku dan menikmati keindahan matahari terbit dan terbenam betul-betul depan mata! Jadi, kepada yang gemarkan aktiviti luar, mungkin anda boleh merancang ke sini selain daripada pergi bercuti di luar negara.

Antara gambar di Nohutu:

 

Kampung Terintidon, Kota Belud.

Kampung Terintidon, Kota Belud terletak agak jauh sedikit daripada simpang masuk jalan utama. Di sini, eko-pelancongan menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti aktiviti mendaki Bukit Garas, perkhemahan dan mandi-manda. Apa yang bagusnya di sini, setiap kunjungan akan dipandu oleh penduduk tempatan yang akan memastikan keadaan air selamat untuk mandi dan mendaki jika mahu ke Bukit Garas. Jadi, tidak perlu risau anda sesat atau apa kerana penduduk di sana akan menjaga keselamatan anda.

Tidak cukup dengan itu, setiap pengunjung akan disediakan `walkie talkie’  dan mereka berinteraksi berkaitan perkembangan sungai supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Tali merintangi sungai dipasang agar pengunjung yang bermandi-manda dapat memegang tali tersebut dek arus yang deras. Ha, selalunya sungai yang selalu anda lihat bewarna coklat dan jernih kan? Tapi sungai di sini lain sedikit kerana sungainya bewarna hijau! Wah! Macam luar negara dah ni!

Sumber : thirahzaki

Jadi, anda semua sudah tahu kan kawasan menarik yang tersorok di Sabah ini? Tunggu apa lagi? Minggu depan jom la kita ke sana!

 

Sumber: @IzwanHsNohutu Eco Tourism ,   Jabatan Penerangan Perhutanan Malaysia

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna