“Video Viral & Gambar Bukan Lakonan, Cuma Saya…” – Ini Penjelasan Aliff Aziz

Kalau sebelum ini penyanyi, Bella Astillah meminta orang ramai yang tidak tahu cerita sebenar berhenti melemparkan kata-kata nista pada bekas suaminya selepas tular beberapa buah video dan gambar di seluruh laman media sosial sehingga menimbulkan kontroversi dan fitnah.

Kini, pelakon Aliff Aziz sendiri tampil memberikan penjelasan cerita sebenar apabila dihubungi menerusi radio Hot FM. Katanya, video dan gambar yang tular tu semua memang betul. Itu bukan lakonan atau drama. Dia turut mengaku, dirinya sedang mempunyai isu dengan seseorang melalui video call tersebut tetapi masalah tu sudah pun diselesaikan.

“Saya cuma tak faham kenapa individu tersebut nak rekod video tu dan viralkan. Mungkin dia nak aniaya saya tapi saya tak nak tuduh dia apa-apa. Cuma saya rasa saya salah jumpa orang sampai saya dianiaya macam ni sekali,”

Penyanyi berusia 28 tahun ini turut mengatakan gambar yang menunjukkan dirinya sedang terbaring di tepi tong sampah hijau itu pun dianiaya orang. Dia turut memaafkan mereka yang membuat jahat pada dirinya.

“Tak apa lah, saya tak kisah dekat dunia ni saya di pandang hina di mata orang pun sebab saya tahu Allah akan balas semua ni. Cuma saya doakan yang terbaik je yang mana dah aniaya saya tu sebab hidup ni singkat. Saya pun tak tahu esok saya hidup lagi ke tak,”

Itulah penjelasan dari Aliff Aziz, ha.. jangan main buat je spekulasi cerita itu ini. Dengar dulu dari pihak berkenaan. Semoga segala fitnah yang dilemparkan pada diri Aliff, akan berhenti.

Untuk bacaan yang lebih menarik, anda boleh klik artikel berkaitan: Bella Astilah BackupAliff Aziz, Apa Dah Jadi Ni?

 

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna