Video Sebat 3 Anak Perempuan Viral! Beginikah Cara Mendidik?

Tular di media sosial sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki memukul 3 orang kanak-kanak perempuan berumur dalam lingkungan sekitar 3 hingga 10 tahun.

Lelaki tersebut dikatakan ayah kepada tiga beradik ini kerana saat mereka dipukul dengan penyangkut baju, mereka menangis menahan kesakitan sambil menjerit “ayah”.

Video berikut menunjukkan si kecil dipukul dengan teruk!

These kind of people should never be allowed near children…He needs some 'ubat'…#PDRM** Viewers Discretion Advised

Posted by Baljit Singh on Thursday, July 16, 2020

Apalah salah mereka…

Hm, kasihan anak kecil ni, apalah salah mereka sampai dipukul teruk begitu sekali. Tindakan itu juga telah  mengundang kemarahan warganet dan ramailah yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka di ruangan komen sampai menggelar lelaki tersebut binatang.

Persoalannya, apakah memukul anak dengan cara ini dapat menjadi anak seseorang insan yang berkualiti? Mungkin ada yang beranggapan, dulu mereka juga pernah dipukul lebih teruk dari video tersebut dan hasilnya bila dah besar jadi orang, berjaya sehingga ke menara gading.

Sumber: cariangoogle

Adab pukul anak…

Tapi, tidakkah mereka ini berfikir keadaan tubuh badan mereka selepas dipukul sama ada dalam keadaan baik atau tidak? Apa jadi kalau berdarah, patah, mengalami pendarahan dalaman atau kesan sampingan. Tidakkah itu memburukkan masa depan seseorang disebabkan amarah penjaga yang terlampau?

Malah, jika dilihat cara didikan dalam agama Islam bukan begitu. Sabda Rasulullah S.A.W dalam Hadis Riwayat Abi Burdah al-Ansari R.anh,

“Tidak disebat seseorang itu melebihi sepuluh kali sebatan kecuali pada (hukuman) had daripada hudud-hudud Allah S.W.T.

Tidak cukup dengan itu, Nabi Muahamad turut mengajar kita adab ketika proses membentuk anak. Antaranya adalah…

  1. Rotan hendaklah dengan niat untuk mendidik anak-anak serta membentuk peribadi mulia pada diri mereka dan bukannya untuk menghukum sehingga mencederakan mereka.
  2. Dilarang untuk memukul ke bahagian muka anak-anak kerana Nabi S.A.W dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah anh bahawa baginda bersabda, “Apabila salah seorang daripada kamu bergaduh maka hendaklah dia menjauhi (dari memukul) muka,”
  3. Memukul tidak boleh menyebabkan kerosakan dan kemudaratan pada tubuh badan anak-anak. Ini sebagaimana yang kami nyatakan, tujuan dipukul adalah bersifat ta’dibi (memberi pendidikan) dan bukannya ta’qibi (memberi hukuman dan seksaan).

Jadi, berpada-padalah dalam memberi didikan pada si kecil yang baru saja mula ingin meneroka sesuatu yang baru. Biarkan mereka melakukan kesilapan. Kita sebagai penjaga, hanya menasihati dan menyayangi mereka kerana mereka adalah amanah Allah.

 

 

 

 

 

Untuk bacaan menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Gerai Dirampas! Anak Perempuan Pakcik Jual Jagung Tampil Beri Kenyataan Sebenar

Bagi Pemohon BSH Baru, Perlu Kemaskini 6 Maklumat Ini

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: baljitsinghmuftiwp

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna