Video Lelaki Solat Sambil Dukung Anak Menjadi Perhatian Netizen

Bila masuk alam perkahwinan dan berjaya mengahwini insan yang selama ni kita pilih untuk hidup bersama dengan kita hingga hujung nyawa sebenarnya bukanlah satu kisah cerita yang dikatakan happy ending.

Hakikatnya, di situlah kisah sebenar bermula. Sabar, tolak ansur, memberi perhatian secukupnya, menguruskan masa dengan bijak, menggalas tanggungjawab dengan baik dan mendidik zuriat serta pasangan ke arah lebih baik.

Bukan perkara mudah ye, lebih-lebih lagi untuk ketua keluarga. Artikel ini kami tulis disebabkan semalam viral satu video yang menunjukkan seorang lelaki sedang mendukung anaknya ketika solat berjemaah di salah sebuah masjid.

Rentetan itu ramai yang menyuarakan suara mereka dengan menyoalkan adakah solat cara lelaki ini sah? Perkara ini dijelaskan oleh pemilik twitter tersebut tentang kisah Nabi Muhamad suatu ketika dulu.

Tambahnya lagi, ketika mendirikan solat sambil apabila baginda sujud, baginda meletakkannya dan apabila baginda berdiri, baginda mendukungnya. Kisah ini di ambil dari Riwayat Al-Bukhari (516). 

Malah, menurut portal Fitrah Al-Hajj, sekiranya anda sebagai ibu berdepan dengan situasi ini sentiasa, maka jangan risau, kerana seseorang ibu juga dibenarkan mendukung bayi sambil menunaikan solat.

Sumber: islamidia

Bayangkan jika anda berdua bersama si kecil dan ingin bersolat di surau terdekat. Maka dalam hal ini, ibu bapa diharuskan untuk mendukung anak kecil ketika sedang mendirikan solat tapi dengan syarat, dan si ibu dan bapa harus patuhi kesemua syarat-syarat berikut supaya solatnya sah.

  1. Harus pastikan anak dalam keadaan bersih dan bebas dari najis. Jadi, pastikan lampin anak sudah ditukar baru sebelum mendirikan solat.
  2. Pergerakan harus dijaga supaya mendapatkan khusyuk. Maknanya pergerakan anggota besar yang melebihi 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat.
  3. Pastikan dada anda sentiasa mengadap arah kiblat.
  4. Situasi ini hendaklah dilakukan ketika dalam keadaan terpaksa. Jika ada individu yang boleh menjaga sebaiknya, biarlah mereka yang menjaga anak sewaktu anda sedang solat.

Apa pun, semoga video viral tersebut membuka mata masyarakat daripada menilai orang. Maklumlah, rakyat Malaysia ni bila nampak lain sikit dari norma, terus anggap macam-macam.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Sheikh Muszaphar Shukor Kongsi 5 Tip Bila Bawa Si Manja Solat Terawih Ke Masjid

Pilih Telekung Jangan Hanya Kerana Jenama, ‘Pattern’ Telekung Juga Kena Sesuai

 

 

 

 

Sumber: twitter

 

 

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna