Van Jenazah Percuma! Noorkhiriah Buat Saham Akhirat

Bila beraksi di layar televisyen, memang akan beri impak besar pada penonton walaupun bukan watak utama. Siapa lagi kalau bukan pelakon berbakat, Noorkhiriah.

Lihat sajalah watak Aishah yang dipegang dalam drama Nur. Memang viral habis! Sampai ramai penonton merindukan Noorkhiriah untuk kembali beraksi. Sayangnya, dirinya hanya aktif di media sosial saja.

Saham akhirat!

Tapi, apa yang menarik perhatian kami lagi apabila pelakon berusia 41 tahun ini memuat naik satu posting tentang kenyataannya untuk menyediakan perkhidmatan van jenazah secara percuma.

Lain daripada yang lain bukan? Nampak je benda kecil tapi inilah saham akhirat yang sentiasa mengalir sampai bila-bila selagi perkhidmatan van jenazah Khiriah digunakan.

“Doakan ye,”

Dia juga berharap usaha kecilnya ini dipermudahkan Allah dan turut berterima kasih kepada pihak yang banyak menyumbang terutama surau Al-Ikhlas Palm Spring dan suaminya.

Baguslah Khiriah fikirkan saham akhirat untuk dibawa. Harap ada ramai di antara pembaca Donna membuat kebaikan untuk masyarakat walaupun sekecil zarah asalkan niat ikhlas bukan riak.

Berikut antara gambar yang dikongsikan menerusi instastory. Comel je Khiriah! Semoga segala kebaikan yang kita semua lakukan, diterima Allah, amin!

 

 

 

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kenderaan Lama Ditukar! Kini Kereta Polis Berwajah Baru

Tak Sampai 10 Minit Belajar Dekat Sekolah, Pelajar Ini Terima Berita Sedih

 

 

 

 

 

 

Sumber: ig

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna