Vagina Kering Punca Hubungan Intim Semakin Hambar?

Bagi wanita mungkin sudah umum anda tahu bahawa faraj kering berlaku pada wanita yang sudah mengalami fasa menopause, tetapi ia juga boleh berlaku pada kebanyakkan wanita. Vagina kering bukan sesuatu perkara yang boleh dianggap remeh tambah lagi bagi yang sudah berumah tangga, secara tidak langsung akan menjejaskan hubungan bersama suami.

Apabila Miss V anda kering ia dapat menimbulkan rasa sakit ketika melakukan hubungan intim bersama pasangan. Mungkin ramai di antara anda yang masih tertanya-tanya apa penyebab vagina kering?

Jom Donna kongsikan kepada anda fakta tentang vagina kering yang anda perlu tahu.

Image result for clean vagina

Sumber: health 

Kerap Cuci Faraj Dengan Sabun

Selain menopause, punca lain bagi masalah vagina kering adalah disebabkan oleh gangguan autoimun yang di mana ia menyerang sel yang mampu menghasilkan kelembapan dalam badan, alahan, kerap mencuci faraj dengan sabun dan wanita tersebut menghidapi diabetes.

Menurut Dr Sharad Ratna, seorang pakar ginekologi menyatakan bahawa wanita yang sering mengalami masalah kekeringan akan mendapat simptom seperti pedih, gatal-gatal, sakit ketika bersama dan mudah mendapat jangkitan pada saluran kencing.

Image result for clean vagina

Sumber: glamour 

Guna Pelembap Biasa Untuk Kekal Kelembapan

Ada segelintir wanita yang menggunakan krim pelembap biasa untuk merawat kekeringan vagina dan ia adalah salah. Begitu juga dengan penggunaan minyak pati, ia hanya sesuai untuk penggunaan pada luaran sahaja.

Jadi buat para wanita di luar sana berhati-hati untuk memilih sebarang produk bagi merawat kekeringan pada faraj dan lebih baik jika dapatkan nasihat daripada pakar perubatan.

 

 

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Berita Gembira Buat Kaum Wanita! Jagung Manis Mampu Rawat Tekstur Kulit Anda

Najis Berdarah Petanda Jelas Perlu Jalani Rawatan, Elak Kanser Kolon

 

 

 

 

 

 

Sumber: hmetro

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna